awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lampard gusar kecederaan Barkley

Astro Arena
Astro Arena
20/10/2019
02:44 MYT
Lampard gusar kecederaan Barkley
Ross Barkley (kiri) bersama Frank Lampard ketika dia dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan EPL antara Chelsea dan Newcastle United di Stamford Bridge, London, Britain. REUTERS
CHELSEA 1 NEWCASTLE UNITED 0
Pengurus Chelsea, Frank Lampard, mengakui tahap kecederaan Ross Barkley "kelihatan agak buruk" tetapi dia sedang menunggu penilaian doktor esok.
Barkley terpaksa dikeluarkan apabila terhincut-hincut selepas 43 minit permainan dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United dalam Liga Perdana Ingggeris (EPL) itu sebelum digantikan oleh Mateo Kovacic.
Pemain antarabangsa England itu, yang menggantikan posisi N'Golo Kante yang tercedera, dijangka menjalani ujian imbasan sebelum bertandang ke Ajax bagi pertemuan Liga Juara-Juara (UCL), Khamis ini.
Cesar Azpilicueta turut mengalami kecederaan ringan di peringkat akhir permainan, namun pengurus itu berharap pertahanan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Bercakap selepas perlawanan, yang menyaksikan Marcos Alonso muncul wira menerusi gol tunggal perlawanan pada minit ke-73, Lampard memberitahu pemberita: "Saya fikir Azpi dalam keadaan baik-baik saja, dia tidak mengatakan apa-apa ketika keluar padang.
"Ross pula terseliuh kakinya, ia kelihatan agak buruk pada pandangan pertama tetapi doktor mahu menilainya esok. Selain itu tiada apa-apa lagi."
Apabila ditanya sama ada pemain-pemain itu boleh menghadapi Ajax, jawabnya: "Saya tidak tahu lagi, kami akan menilai esok."
Kemenangan itu merupakan yang kelima berturut-turut buat The Blues dalam semua pertandingan bagi melonjakkan mereka di tangga keempat liga selepas sembilan perlawanan.
Topic Berkaitan
#Ajax
#Chelsea
#EPL
#Frank Lampard
#kecederaan
#Liga Juara-Juara
#Liga Perdana Ingggeris
#Mateo Kovacic
#Newcastle United
#pengurus
#penilaian doktor
#Ross Barkley
#UCL
#ujian imbasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan