awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laos bukan halangan mudah - Harith Haiqal

Bernama
Bernama
16/02/2022
23:23 MYT
Laos bukan halangan mudah - Harith Haiqal
Harith Haiqal Adam Afkar. - Facebook Selangor FC
KUALA LUMPUR: Rekod kemenangan 1-0 ke atas Laos bukan jaminan kejayaan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan itu pada aksi Kumpulan B Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Jumaat ini.
Pemain pertahanan negara Harith Haiqal Adam Afkar berkata Laos adalah antara pasukan yang kuat dan ini terbukti sewaktu beliau dan rakan sepasukan berjaya melakar kemenangan tipis pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Mongolia, Oktober lepas.
Bagaimanapun, katanya, skuad negara tidak mempunyai pilihan selain memenangi perlawanan di Stadium Prince di Phnom Penh, Kemboja itu nanti, bagi mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.
"Seperti kita tahu, perlawanan di Mongolia pun Laos bukan satu pasukan yang senang, mereka bertahan dengan sangat bagus dan kami pun menang (tipis) 1-0.
"Jadi bagi saya, semua pemain tidak boleh ambil mudah dan anggap Laos sebagai satu pasukan yang senang untuk kita lawan," katanya pada sidang media secara maya dari Phnom Penh hari ini.
Saingan Kumpulan B kini hanya melibatkan Malaysia dan Laos, selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan berikutan penularan COVID-19 dalam pasukan.
Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir pada 24 Feb ini manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Feb.
Pada masa sama, pemain Selangor FC itu mengakui situasi hanya mempunyai satu perlawanan untuk melayakkan diri ke separuh akhir memberi tekanan lebih besar berbanding dua atau tiga aksi yang perlu diharungi.
Harith Haiqal turut menggesa rakan sepasukan yang dibarisi ramai muka baharu untuk terus meningkatkan prestasi dan segera mencapai keserasian menjelang perlawanan itu.
"Dengan adanya pemain macam Azrin (Azrin Afiq Rusmini) dan Faiz (Muhammad Faiz Amer Runnizar) yang pernah bermain di Mongolia, mereka boleh bimbing pemain baharu. Saya rasa pemain baharu pun boleh bermain, mereka bagus," kata pemain berusia 20 tahun itu.
Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Brad Maloney turut sependapat dengan Harith Haiqal dan berkata pasukan Laos telah diperkuat dengan kehadiran jurulatih baharu yang berpengalaman dalam arena bola sepak Asia Tenggara, Michael Weiss.
Beliau juga menjangkakan Laos akan memberi cabaran sengit kepada anak buahnya seperti perlawanan di Mongolia sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laos
#Harith Haiqal Adam Afkar
#skuad B-23 kebangsaan
#Brad Maloney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan