Skip to main content

Sukan

Lee Chong Wei juarai kejohanan Terbuka India

71357808783_295x200.jpg
Jaguh badminton  negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila berjaya menjuarai kejohanan Terbuka India 2013 selepas menewaskan pemain Jepun Kenichi Tago  21-15, 18-21, 21-17 dalam perlawanan yang berlarutan tiga set.

Chong Wei pernah memenangi gelaran yang sama pada tahun 2011 tetapi tewas di tangan pemain Korea Shon Wan Ho tahun lalu.

Beliau mempamerkan aksi terbaiknya dalam mengekang tentangan sengit lawannya itu dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort di New Delhi, India.
.
Chong Wei satu-satunya pemain negara yang mara ke perlawanan akhir selepas beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas di suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video