REAL MADRID 1 LEGANES 2
(Leganes mara dengan agregat 2-2)
Zinedine Zidane percaya masa depannya akan ditentukan dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), bulan depan ketika menentang Paris Saint-Germain (PSG) selepas Real Madrid tersingkir dalam saingan Copa del Rey oleh Leganes, awal pagi tadi.
Jaringan minit akhir Marco Asensio memastikan Madrid membawa bekalan satu gol dalam pertemuan suku akhir pertama minggu lalu untuk meletakkan pasukan kendalian Zidane itu dalam kawalan penuh menuju aksi Santiago Bernabeu.
Sungguhpun kembali mendapat khidmat Sergio Ramos dan Karim Benzema - Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale direhatkan - Leganes memastikan kemenangan 2-1 untuk meneruskan kemaraan.
Rembatan deras Javier Eraso dari jarak 25 ela menyamakan kedudukan buat pelawat secara agregat. Gol Benzema pada awal separuh masa kedua kembali meletakkan Los Blancos di depan, namun sepakan sudut Eraso berjaya disudahkan dengan kepala Gabriel Pires.
Leganes muncul pasukan pertama dalam sejarah Copa untuk mengalahkan Madrid di Bernabeu dan dengan ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona, peluang Madrid untuk menambah koleksi kejuaraan domestik selepas Supercopa de Espana sudah berakhir.
Dan Zidane, yang mengetuai Madrid untuk mempertahankan kejuaraan, percaya pertemuan dengan PSG dalam pusingan 16 bulan mungkin penentu masa depannya yang terdekat.
"Sudah tentu, itu jelas," kata Zidane ketika ditanya sama ada jawatannya semakin terancam. "Saya bertanggungjawab, saya jurulatih.
"Jadi, saya harus mencari jalan penyelesaian, saya perlu mengambil kesempatan ini, saya akan terus berjuang, terus berusaha, cuba mencari sesuatu untuk menjadikan pasukan lebih baik.
"Saya tidak menyesal merehatkan pemain, ada pemain yang perlu berehat. Di atas kertas, mereka adalah sebuah pasukan yang kompetitif, sebab itulah pada babak pertama kami gagal bersaing."
Madrid gagal merakamkan satu percubaan tepat pada 45 minit pertama, walaupun Ramos dan Benzema sempat menguji ketangkasan penjaga gawang, Nereo Champagne, pada penghujung permainan namun Zidane mengakui prestasi itu tidak cukup bagus.
"Pada akhirnya, keputusannya adalah logik kerana lawan tampil dengan corak permainan mereka dan kami tidak melakukannya," kata Zidane. "Saya bertanggungjawab untuk ini, ia adalah kegagalan untuk saya hari ini.
"Setelah menang 1-0 di tempat lawan lalu kami beraksi seperti ini, saya menjadi marah dan bingung. Kini, kami perlu memikirkan untuk bangkit.
"Saya sangat kecewa dan akan memikul tanggungjawab ini dan saya harus berusaha. Esok adalah hari yang lain dan apa yang harus kita lakukan ialah bangkit dan memikirkan tentang aksi Sabtu ini (di Valencia)."
Astro Arena
Thu Jan 25 2018
ZIDANE: Saya bertanggungjawab untuk ini, ia adalah kegagalan untuk saya hari ini. - Gambar fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Copa del Rey: Gol sendiri Militao beri Barcelona bekalan tipis atasi Real Mardid
Madrid kendalian Carlo Ancelotti lebih banyak menguasai permainan tetapi gagal untuk mencipta peluang terbaik.
Copa del Rey: Barcelona pamer dominasi penuh belasah Ceuta 5-0
Blaugrana memulakan perlawanan pusingan 16 itu dengan agak perlahan tetapi tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan.
Copa del Rey: Real Madrid bangkit ke suku akhir
Ketika perlawanan kelihatan akan diheret ke masa tambahan, Ceballos muncul wira Madrid apabila merembat masuk gol kemenangan.
Copa del Rey: Llorente pacu kemaraan Atletico ke suku akhir
Pasukan bimbingan Diego Simeone itu hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan LaLiga terakhir.
Copa del Rey: Ancelotti kritik padang buruk Cacereno
Jaringan hebat Rodrygo pada minit ke-69 sudah cukup untuk membawa pasukan asuhan Ancelotti mara ke pusingan 16.
Copa del Rey: Messi main watak penting bantu Barca belasah Leganes
Sebelum kemenangan 5-0 ke atas Leganes dalam pusingan 16 Copa del Rey pagi ini, Guillermo Amor, mengesahkan kelab Catalan itu tidak akan mendapatkan pengganti kepada Luis Suarez.
Iniesta ucap selamat tinggal
Andres Iniesta mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona awal pagi tadi sekali gus mengakhiri karier 22 tahun bersama kelab itu.
Leganes tambah derita Madrid
Jaringan minit akhir Marco Asensio memastikan Madrid membawa bekalan satu gol dalam pertemuan suku akhir pertama minggu lalu untuk meletakkan pasukan kendalian Zidane itu dalam kawalan penuh.
Coutinho bakal sarung jersi nombor 7 di Barcelona?
Coutinho bakal ambil alih nombor yang dipakai Arda Turan ketika ini yang dijangka bakal meninggalkan Barcelona pada jendela perpindahan Januari ini.
Real bakal berdepan 'lawan paling teruk' Januari nanti - Butragueno
Juara Eropah itu bakal berdepan Sevilla dalam dua aksi timbal balik yang bakal berlangsung pada Januari, di mana mereka juga akan bertemu di LaLiga.