awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda boling negara, JB Koo akhirnya terima hadiah tertunggak selepas 45 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
29/09/2025
00:00 MYT
Legenda boling negara, JB Koo akhirnya terima hadiah tertunggak selepas 45 tahun
Mohammed Najeeb (kiri) selepas menyerahkan replika cek kepada JB Koo yang turut ditemani isterinya, Doris Koo. - Foto Bowling Malaysia
LEGENDA boling negara, Koo Boon Jin atau lebih dikenali sebagai JB Koo akhirnya menerima hadiah wang tunai RM5,000 yang tertunggak selama 45 tahun pada Kejohanan Antara Negeri di Sunway Mega Lane, Sabtu malam.
Ganjaran itu diberikan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-52 Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) pada sebelah pagi memutuskan secara sebulat suara untuk menganugerahkan semula hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1979, JB Koo dan Shirley Chow.
JB Koo mencatat sejarah sebagai juara dunia pertama negara menerusi pingat emas acara triple bersama Allan Hooi dan Edward Lim pada 1979 serta dinobatkan Olahragawan Kebangsaan tahun sama.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat menerima hadiah ketika itu kerana peraturan ketat sukan amatur.
Sebagai rekod, pada era 1966 hingga 1982, atlet yang menerima hadiah wang tunai boleh kehilangan status amatur dan hilang kelayakan ke kejohanan utama seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-52 MTBC itu juga turut diumumkan penarikan balik larangan ke atas JB Koo yang dikenakan sejak 1986 tetapi tidak pernah ditarik secara rasmi sebelum ini.
Presiden MTBC, Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, langkah itu adalah pengiktirafan terhadap jasa JB Koo selain memulihkan maruah beliau sepenuhnya.
“Kita bukan sekadar menyampaikan hadiah wang tunai, tetapi mengembalikan penghormatan kepada insan yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
“Pencapaian JB Koo pada 1979 adalah kebanggaan negara dan tiba masanya kita mengiktirafnya secara menyeluruh.
“Dengan menarik balik larangan sejak 1986, kita menghapuskan bayangan terhadap legasi beliau,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Olahragawan Kebangsaan
#Koo Boon Jin
#boling
#JB Koo
#hadiah tertunggak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan