BADAN induk liga bola sepak Perancis merayu bantuan daripada kerajaan bagi membantu sukan itu bertahan dengan krisis kewangan.
Semalam, Ligue de Football Professionnel (LFP) mengharapkan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk membuat "bantuan kecemasan" bagi melindungi masa depan kelab profesional Perancis.
Kelab-kelab dilaporkan mengalami kerugian lebih daripada €1 bilion (RM4.91b), lantas menggambarkan kelangsungan industri bola sepak profesional dalam risiko.
Amaran tegas itu mula terbit selepas runtuhnya saluran televisyen, Telefoot Chaine, yang disiarkan buat kali terakhir minggu lalu.
Mediapro, yang mengendalikan saluran itu, telah mencapai perjanjian selama lima tahun yang boleh menguntungkan LFP menerusi hak penyiaran Ligue 1 dan Ligue namun tetapi perjanjian berkenaan dibatalkan pada Disember lalu, kurang enam bulan selepas ia dimeterai.
LFP kemudian mencapai kesepakatan baru dengan Canal Plus minggu lalu tetapi, dengan pengurangan pendapatan siaran dan kesan perlawanan tertutup berikutan penularan COVID-19, mereka mampu menjana €759.1 juta (RM3.7b ) -- menyusut hampir separuh daripada keuntungan terdahulu seperti yang dijangkakan kelab bagi musim 2020-21.
"Kelab-kelab telah berusaha keras untuk menyesuaikan diri ekoran penurunan pendapatan sebesar ini, baik melalui rundingan gaji dengan pemain atau melalui pembaharuan yang telah dibentang oleh LFP bagi memastikan masa depannya.
"Namun, adalah mustahak untuk kerajaan mengambil bahagian dalam membantu kelab profesional dan pemegang taruh demi mengatasi keadaan darurat yang ditimbulkan oleh krisis COVID-19.
"Kelangsungan industri bola sepak profesional dalam taruhan, warisan budaya dan ekonomi industri ini tidak boleh dibiarkan lenyap dengan sekelip mata."
Astro Arena
Wed Feb 10 2021
LFP berkata, mustahak untuk kerajaan mengambil bahagian dalam membantu kelab profesional dan pemegang taruh demi mengatasi keadaan darurat yang ditimbulkan oleh krisis COVID-19. - Astro ARENA
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Real Madrid 'no class' - Presiden LFP
Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.
Messi disiasat langgar protokol COVID-19 dengan parti barbeku
Messi didakwa menjemput rakan sepasukan dan pasangan masing-masing ke rumahnya bagi meraikan kemenangan 3-2 ke atas Valencia dengan parti barbeku.
LFP rayu dana Kerajaan Perancis selamatkan industri
LFP mengharapkan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk membuat "bantuan kecemasan" bagi melindungi masa depan kelab profesional Perancis.
COVID-19: LFP kaji kesan terhadap sukan, ekonomi selepas liga dibatalkan
Saingan Ligue 1 dan 2 musim ini sudah berakhir dengan perlawanan domestik seterusnya hanya akan berlangsung pada permulaan musim 2020-21.