awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liew Daren perlu bekerja keras - Chong Wei

Bernama
Bernama
05/11/2012
01:52 MYT
Liew Daren perlu bekerja keras - Chong Wei
Pemain perseorangan kedua badminton negara, Liew Daren perlu bekerja keras bermula sekarang sekiranya beliau berhasrat menjadi pemain ternama dunia dalam tempoh terdekat.
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata pemain berusia 25 tahun itu perlu didedahkan dengan lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi membolehkan beliau menyaingi kehebatan pemain ternama dunia khususnya dari China yang kini muncul sebagai kuasa utama badminton dunia.
"Saya rasa beliau (Liew) memerlukan setahun atau lebih untuk (sekurang-kurangnya) menjadi 10 pemain ternama dunia dan saya bersedia mencurahkan segala pengalaman saya bagi membantu beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor di Banting, Ahad.
Liew yang disebut-sebut sebagai pengganti Chong Wei menamatkan kemarau kejuaraan pada Kejohanan Badminton Super Series selepas merangkul Kejohanan Terbuka Perancis minggu lepas dengan menumbangkan bekas juara remaja dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 21-18 dan 21-17.
Menyifatkan kejayaan Liew meraih kejayaan sulung itu sebagai membanggakan, Chong Wei berkata Liew harus bersedia menyerap segala tekanan sebagaimana yang dilalui oleh beliau dalam beberapa kejohanan sebelum bergelar pemain nombor satu dunia.
"Kemenangan tersebut adalah satu permulaan baik kepada karier badminton beliau (Liew) dan ini akan memberi lebih keyakinan kepadanya bagi menghadapi beberapa kejohanan akan datang.
Dalam perkembangan lain, Chong Wei berkata beliau masih belum menentukan masa yang sesuai untuk menubuhkan yayasan kebajikannya sendiri bagi membantu golongan tidak bernasib baik seperti orang miskin dan kanak-kanak.
"Bukan senang untuk menguruskan sebuah yayasan kebajikan sendiri kerana ia memerlukan komitmen masa serta kerjasama erat daripada semua pihak bagi memastikan ia berjalan dengan sempurna," katanya.
Pada majlis itu, Chong Wei turut menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Yayasan Lion-Parkson Puan Sri Chelsia Cheng untuk menampung pembiayaan bulanan rumah berkenaan.
Topic Berkaitan
#badminton
#Chong Wei
#Liew Darren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan