SUKAN
Liga Juara-Juara: Ramos samai rekod kad merah terbanyak

Sergio Ramos berjalan meninggalkan padang melewati jurulatih Zinedine Zidane selepas ditunjukkan kad merah pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 26 Feb, 2020. REUTERS
SERGIO Ramos dilayangkan kad merah ke-26 dalam kariernya ketika Real Madrid tewas 1-2 kepada Manchester City dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Kapten Madrid itu diarahkan keluar padang selepas menjatuhkan Gabriel Jesus dan kad merah yang ke-26 itu juga merupakan yang keempat dalam Liga Juara-Juara.
Ia bermakna, Ramos menyertai Zlatan Ibrahimovic dan Edgar Davids dalam pungutan kad merah terbanyak dalam kejohanan itu.
Pemain berusia 33 tahun itu akan terlepas perlawanan timbal balik di Stadium Etihad bulan depan dengan City membawa kelebihan selepas Jesus memadamkan jaringan awal Isco sebelum Kevin De Bruyne mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami