EVERTON berpesta gol di tempat sendiri selepas menundukkan Manchester United 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer kekal di tempat keenam liga.

Everton bermula garang dengan melancarkan asakan bertali arus ke gawang Manchester United, dengan David de Gea menjadi penghalang.



Bagaimanapun, ia tidak kekal lama apabila sepakan gunting Richarlison membuka jaringan pada minit ke-13.

Gylfi Sigurdsson terus menambah Luka the Red Devils menerusi jaringan pada minit ke-28.

Harapan Manchester United untuk bangkit pada separuh masa kedua musnah selepas Lucas Digne dan Theo Walcott menambah jaringan pada minit ke-56 dan 64.

Kekalahan di Goodison Park semakin menyukarkan Manchester United untuk merebut tempat empat terbaik seterusnya melayakkan diri ke saingan liga juara-juara Eropah musim depan.