awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United capai kesepakatan dengan Inter Milan datangkan Onana

Astro Arena
Astro Arena
19/07/2023
01:15 MYT
EPL: Manchester United capai kesepakatan dengan Inter Milan datangkan Onana
Penjaga gol Cameroon itu akan menjadi pemain kedua ditandatangani United musim panas ini. - Stadium Astro
PENJAGA gol Inter Milan, Andre Onana, dijangka akan menyertai Manchester United dalam masa terdekat selepas kedua-dua kelab dan pemain itu difahamkan sudah mencapai kesepakatan, demikian dilaporkan agensi berita, PA.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pilihan utama Erik ten Hag dalam jendela musim panas ini untuk menggantikan David de Gea di United.
United kini dilaporkan sudah mendapat persetujuan dengan pasukan Serie A itu untuk menandatangani Onana dengan bayaran pendahuluan €51 juta (RM260 juta) selain potensi bayaran tambahan sebanyak €4 juta (RM20.40 juta).
Difahamkan juga, terma-terma peribadi yang diletakkan oleh penjaga gol itu telah dipersetujui dan dia dijangka akan menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya semusim lagi.
Pemeriksaan perubatan akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi terdapat persoalan sama ada kertas kerja yang berkaitan perpindahan itu dapat disiapkan tepat pada masanya untuk Onana menyertai jelajah pramusim United di Amerika Syarikat (AS) bermula esok.
Penjaga gol Cameroon itu akan menjadi pemain kedua ditandatangani United musim panas ini selepas mendatangkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount, dengan nilai £55 juta (RM325.64 juta) awal bulan ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Andre Onana
#Manchester United
#Erik ten Hag
#David de Gea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan