awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Cheng Hoe puji komitmen pemain Selangor atasi tekanan benam Penang

Astro Arena
Astro Arena
16/07/2023
13:40 MYT
Liga Super: Cheng Hoe puji komitmen pemain Selangor atasi tekanan benam Penang
Tan Cheng Hoe memuji kesungguhan anak buahnya sepanjang 90 minit ketika menewaskan Penang FC 2-0 dalam perlawanan Liga Super. - Gambar fail
KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, memuji kesungguhan dan komitmen yang dipamerkan anak buahnya sepanjang 90 minit ketika menewaskan Penang FC 2-0 dalam perlawanan Liga Super di Petaling Jaya semalam.
Menurutnya, pasukan Gergasi Merah itu berada dalam keadaan tertekan memandangkan mereka perlu bangkit selepas tewas 0-1 kepada Sri Pahang FC di gelanggang lawan minggu lalu.
Bagaimanapun, pengendali berusia 55 tahun itu mengakui masih terdapat kelemahan besar yang perlu diperbaiki pasukannya, terutama dalam aspek bertahan.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati tetapi ada satu-dua serangan balas lawan yang kami rasa pemain perlu lebih yakin untuk beraksi di bawah tekanan," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Astro Arena.
"Kerana itulah jika ada pemain dapat menjadikan aksi di bawah tekanan sebagai motivasi, saya pasti mereka boleh berada di tahap permainan terbaik."
Dalam masa sama, Cheng Hoe turut memuji aksi dua pemain import baru The Red Giants, Richmond Boakte dan Safuwan Baharudin, yang dapat mencetuskan impak segera buat pasukan itu.
"Kedua-dua mereka telah menunjukkan keyakinan dalam pasukan ini. Safuwan, walaupun dalam prlawanan pertamanya bersama kami musim ini, dia dapat menunjukkan ketenangan dan kematangan yang kami perlukan di bahagian pertahan," katanya. - StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#Tan Cheng Hoe
#Penang FC
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan