awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Hatrik Figueiredo, Bergson bantu JDT pesta gol atasi Sabah

Astro Arena
Astro Arena
21/09/2025
14:46 MYT
Liga Super: Hatrik Figueiredo, Bergson bantu JDT pesta gol atasi Sabah
Antara aksi menarik pertembungan JDT dengan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad malam. - via StadiumAstro
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan buat kali keenam berturut-turut dalam saingan Liga Super 2025/26 selepas menewaskan Sabah 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Skuad kendalian Xisco Munoz agresif menyerang kubu pertahanan The Rhinos dalam separuh masa pertama sehingga rembatan kencang Oscar Arribas membuka tirai jaringan pada minit keenam.
Momentum itu diteruskan Skuad Harimau Selatan dengan dua gol daripada Joao Figueiredo pada minit ke-11 dan ke-23 sebelum Raul Parra menambah jaringan keempat JDT.
Ketika kedua-dua pasukan hampir masuk ke bilik persalinan, Figueiredo sekali lagi membuktikan ketajamannya dihadapan gawang selepas menampan bola untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat sekali gus melengkapkan hatrik pertamanya untuk selesa mendahului Sabah 5-0.
Sabah lebih berdisiplin bertahan dalam 15 minit pertama separuh masa kedua sehingga JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas R.Dinesh mengasari Bergson daripada belakang.
Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya pemain Bergson untuk turut mencetak jaringan ke-107 peribadinya dan mencipta rekod tersendiri untuk mengatasi rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super milik bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin, iaitu sebanyak 106 gol.
Namun, Bergson terus menghukum anak buah Martin Stano dengan jaringan ketujuh selepas menanduk masuk bola pada minit ke-74 untuk Sabah ketinggalan 0-7.
Sebelum pengadil membunyikan tiupan wisel, Bergson melengkapkan malam yang sempurna buat JDT apabila melengkapkan hatrik untuk jaringan kelapan buat pasukannya menewaskan Sabah 8-0 di laman sendiri.
Untuk rekod, Bergson kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 109 gol.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT
#Sabah FC
#Stadium Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan