awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: JDT pesta gol, belasah Penang FC 6-0

Bernama
Bernama
11/09/2025
22:30 MYT
Liga Super: JDT pesta gol, belasah Penang FC 6-0
Pemain JDT, Joao Vitro Brandao Figueiredo (dua, kiri) melakukan percubaan ketika menentang pasukan Penang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 25/26, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis. Keputusan, JDT 6 - 0 Penang Fc. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol apabila membelasah Penang FC 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz mempamerkan penguasaan mutlak sejak awal permainan dan membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi Jairo Da Silva yang menanduk masuk hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi.
Arif Aiman kemudian menambah gol tuan rumah pada minit ke-18 sebelum meledak jaringan peribadi keduanya pada minit ke-31 untuk meletakkan JDT selesa mendahului 3-0.
Empat minit selepas itu, Joao Figueiredo menjaringkan gol keempat JDT dengan rembatan jarak jauh selepas melihat penjaga gol Penang FC, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid berada jauh dari gawang, sebelum Jon Irazabal melengkapkan babak pertama dengan tandukan gol kelima.
Memasuki babak kedua, JDT tidak mengendurkan asakan dan Antonio Glauder menambah jaringan keenam pada minit ke-52.
Skuad Harimau Kumbang hampir membolosi gawang tuan rumah dua minit kemudian namun jaringan Dylan Wenzel-Halls dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati pemain itu melakukan kekasaran terhadap penjaga gol JDT.
Perlawanan malam tadi turut menyaksikan pemain tuan rumah, Hector Hevel dilayangkan kad kuning pada minit ke-82 kerana mengasari lawan.
Kemenangan bergaya malam tadi menyaksikan JDT gah di tangga teratas Liga Super manakala Penang terus bergelut mencari rentak dalam saingan liga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT pesta gol
#JDT belasah Penang FC
#Harimau Selatan
#harimau kumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan