awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu
Kulim Smart Care jadi platform pintar salur aduan
Naik taraf stadium hoki perkukuh prestasi atlet, pembangunan sukan Negeri Sembilan - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Kenapa tiada semakan VAR? - Jurulatih DPMM selepas tewas besar kepada JDT

Astro Arena
Astro Arena
26/10/2025
23:30 MYT
Liga Super: Kenapa tiada semakan VAR? - Jurulatih DPMM selepas tewas besar kepada JDT
McAllister bercakap pada sidang media selepas tamat perlawanan Liga Super Malaysia 25/26 antara JDT dan Brunei DPMM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 25 Okt 2025. --fotoBERNAMA
KETUA jurulatih DPMM, Jamie McAllister, mengajukan persoalan apabila tiada semakan video bantuan pengadil (VAR) dilakukan dalam satu insiden ketika pasukannya diaibkan dengan kekalahan 0-10 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Iskandar Puteri pada Sabtu.
Ia merujuk kepada insiden pada minit ke-32, di mana Syafiq Safiuddin dilayangkan kad merah oleh pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, gara-gara kekasarannya ke atas Oscar Arribas, sekali gus memberikan JDT sepakan penalti.
"Saya rasa saya sudah melakukan perubahan untuk perlawanan ini," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Bukan mengatakan yang kami tidak mahu menang perlawanan ini, mereka pasukan terbaik dalam liga ini.
"Lihat sahaja sumber yang mereka ada, dengan stadium dan segala infrastruktur yang mereka ada.
"Jika anda datang ke sini, anda memerlukan semua pemain anda di atas padang dan menerapkan perkara asas dengan sangat baik, tersusun dan membuat keputusan dengan baik.
"Saya rasa dalam 10 minit pertama, kami memiliki peluang untuk mendapatkan gol pertama dan kami tiba di sini dengan peluang yang amat terhad, jadi kami perlu menjadi klinikal apabila mendapat peluang itu.
"Tetapi kami memberikan mereka jaringan pertama menerusi lintangan yang tidak dikawal. Kemudian penalti yang ringan.
"Saya tidak tahu kenapa pengadil tidak melakukan semakan VAR dan kemudian memberikan kad merah.
"Untuk beraksi dari minit ke-34 dengan 10 pemain, ia pasti berbeza," katanya.
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#VAR
#kad merah
#Jamie McAllister
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan