awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: KTRW raih tiga mata, tewaskan Melaka FC 2-1

Bernama
Bernama
24/10/2025
22:10 MYT
Liga Super: KTRW raih tiga mata, tewaskan Melaka FC 2-1
Kelantan TRW berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-88 menerusi rembatan pemain gantian Muhammad Danial Haqim, dari luar kotak penalti. - Facebook KTRW
KOTA BHARU: Kelantan The Real Warriors berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri selepas menumpaskan Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Muhammad IV, di sini semalam.
Ia merupakan kemenangan ketiga buat pasukan pantai timur itu, selepas tujuh perlawanan saingan Liga Super musim ini.
Pada aksi malam tadi, pasukan tuan rumah berjaya mendapat gol pertama pada minit ke-36 selepas pemain import Melaka FC Michael Ozor tertampan bola hantaran lintang pemain KTRW Muhammad Syahir.
Memasuki babak kedua Melaka FC cuba memperkemas permainan bagi mencari gol penyamaan perlawanan, namun gagal susulan kekebalan benteng pertahanan KTRW.
Kelantan TRW berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-88 menerusi rembatan pemain gantian Muhammad Danial Haqim, dari luar kotak penalti.
Melaka FC berjaya bangkit pada penghujung perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Juan Silva.
Bagaimanapun gol itu tidak cukup untuk menghalang tuan rumah daripada memenangi perlawanan itu sekali gus meraih tiga mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan The Real Warriors
#Liga Super
#Melaka FC
#KTRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan