awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas

Bernama
Bernama
13/08/2024
21:00 MYT
Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas
Penyerang Sabah FC, Darren Lok (kiri) dikawal ketat oleh pemain pertahanan Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. -- fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam tadi.
Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan tiada serangan berbahaya yang dihadapi penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat mahupun penjaga gol pasukan pelawat Samuel Somerville.
Bagaimanapun, pada minit ke-27, pasukan tuan rumah berjaya merobek gawang Selangor hasil gol sendiri pemain pertahanan Gergasi Merah Safuwan Baharudin yang tertampan lorongan daripada Jefri Chew di dalam kawasan kotak penalti.
Selangor di bawah kendalian Mohd Nidzam Jamil berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan penyerang import Roni Fernandez pada minit ke-31 ekoran kesilapan barisan pemain pertahanan Sabah.
Bermula babak kedua, tempo permainan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Selangor berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil rembatan Harith Haiqal di dalam kotak penalti pada minit ke-86 bagi membolehkan pasukan pelawat membawa pulang tiga mata berharga.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Selangor FC
#Sabah FC
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan