awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM

Astro Arena
Astro Arena
25/02/2023
16:22 MYT
Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM
Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC. - Stadium Astro
SABAH FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.
Gol berganda Saddil Ramdani dalam babak berbeza selain masing-masing satu jaringan daripada Park Tae-su dan Stuart Wilkin, menunjukkan betapa pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu berada di satu tahap berbeza berbanding pelawat.
Penyerang import dari Indonesia, Saddil, membuka jaringan seawal minit ke-13 dengan melakukan larian dari sebelah kanan sebelum meledakkan rembatan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol lawan.
Pasukan Negeri di Bawah Bayu itu kian selesa menjelang ke bilik persalinan apabila ketua pasukan, Tae-Su, menanduk masuk lintangan Saddil pada minit ke-38 untuk Sabah menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol.
PDRM cuba memberikan tentangan lebih baik dalam babak kedua tetapi perjuangan mereka dimatikan Saddil, yang menemui jaringan kedua peribadinya pada minit ke-71, kali ini dengan menyudahkan gerakan serangan balas yang dimulakan dirinya sendiri.
Ketika perlawanan itu kelihatan akan berakhir dengan keputusan 3-0, pemain tengah negara, Stuart Wilkin, menambah satu lagi gol buat Sabah dalam waktu kecederaan dengan menyudahkan hantaran 'cut back' Rizal Ghazali.
Sabah seterusnya akan menantikan kunjungan Kelantan United pada Rabu depan sambil PDRM pula akan melayani tandangan Perak FC sehari sebelumnya.
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#PDRM FC
#Liga Super
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan