LIVERPOOL 2 MAN UNITED 0
Mohamed Salah berseloroh bahawa Liverpool menewaskan Manchester United 2-0 semalam kerana dia pulih daripada kecederaan.
Pemain kebangsaan Mesir, Salah, terlepas keputusan seri 1-1 ketika kedua-dua pasukan bertemu di Old Trafford -- satu-satunya perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool gagal merakamkan kemenangan musim ini -- ekoran kecederaan buku lali.
Menjelang perlawanan di Anfield, pemain berusia 27 tahun itu mencadangkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu gagal merakamkan kemenangan kerana ketiadaan dirinya.
Liverpool kini mendahului saingan dengan berkelebihan 16 mata kepada pencabar terdekat, Manchester City, selepas Salah menyempurnakan jaringan pada masa kecederaan, menambah jaringan daripada jaringan pembukaan Virgil van Dijk pada minit ke-14.
"Seperti yang anda dapat lihat saya telah pulih daripada kecederaan jadi kami menang perlawanan ini, saya sangat gembira buat pasukan sekarang," kata Salah kepada Sky Sports. "Kami menikmati saat ini dan berharap menamatkan saingan seperti yang diinginkan."
"Saya menerima hantaran daripada Alisson, tiada pemain lain yang mampu melakukan hantaran sepertinya, tetapi saya sangat gembira dengan keputusan ini, adalah perkara yang paling penting."
Liverpool terlepas gelaran EPL dengan perbezaan satu mata musim lalu ketika City menjuarainya buat kali kedua berturut-turut, dengan kekalahan skuad kendalian Pep Guardiola itu pada bulan January 2019 diikuti dengan empat seri dalam enam perlawanan.
Enggan menyaksikan perkara sama berulang, Salah menggesa rakan sepasukan untuk mengekalkan persembahan yang sama bagi setiap perlawanan.
"Saya berasakan kami perlu fokus dalam setiap perlawanan, kami tidak memikirkan sudah memenangi EPL.
"Kami perlu mengulangi persembahan yang sama dalam setiap perlawanan, ia adalah cara untuk kami bergelar juara. Kami bergelut musim lalu dalam tempoh ini, jadi kami perlu kekal tenang dan fokus dalam setiap perlawanan."
Astro Arena
Mon Jan 20 2020

Mohamed Salah meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua Liverpool ketika perlawanan EPL antara pasukannya dan Manchester United di Stadium Anfield, Liverpool, 19 Jan, 2020.(Foto AP)

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan

United terus gagal menang, Chelsea raih tiga mata penting
Pada minit ke-10, Harry Maguire menjaringkan gol tetapi ia dibatalkan selepas semakan VAR menunjukkan dia berada dalam posisi ofsaid.

Aston Villa kukuhkan peluang Liga Juara-Juara, Tottenham catat musim terburuk
Kekalahan yang ke-21 dalam liga musim ini menjadikannya musim terburuk Spurs dalam era EPL dengan hanya 38 mata sebelum perlawanan terakhir.

EPL: Liverpool bazir kelebihan sebelum akur seri dengan Arsenal
Arsenal memberikan penghormatan kepada Liverpool sebelum sepak mula dan seperti memberikan jalan mudah buat The Reds.

Manchester United makin tenggelam di EPL
Prestasi hambar ini menambah tekanan ke atas skuad kendalian Ruben Amorim yang kini semakin jauh daripada sasaran musim ini.

EPL: Everton jual kerusi stadium kepada penyokong
Everton menawarkan peminat untuk membeli kerusi di Goodison Park menjelang perlawanan terakhir di gelanggang berkenaan, minggu depan.

Chelsea hidupkan peluang beraksi di Eropah, tumbangkan juara liga dengan penuh bergaya
Enzo Fernandez dan Cole Palmer menemui sasaran ketika skuad kendalian Enzo Maresca kini memasuki kelompok lima pasukan teratas EPL.

Isak selamatkan Newcastle United di Brighton
Brighton terlebih dulu hampir meraih kemenangan tipis apabila mendahului menerusi jaringan Yankuba Minteh.

Drama tujuh gol, Brentford tundukkan Manchester United
Tuan rumah, Brentford, berjaya menundukkan skuad muda Manchester United dengan kemenangan tipis 4-3.

Aston Villa nyalakan harapan ke Liga Juara-Juara
Skuad bimbingan Unai Emery itu bangkit dan meraih tiga mata penting yang meletakkan mereka setara dengan Chelsea dalam perebutan tempat kelima.

Haaland, Rodri kembali berlatih, harapan baru untuk Manchester City
Ketika ini, Manchester City berada di tempat keempat Liga Perdana selepas luput kejuaraan kepada Liverpool yang baru dinobatkan juara.