LIVERPOOL telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain tengah berbakat Moises Caiceo dari Brighton, mengatasi pesaing Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Menurut David Ornstein dari The Athletic, bayaran sebanyak GBP110 juta telah dipersetujui -- memecahkan rekod perpindahan Britain.
Difahamkan, Chelsea melancarkan bidaan bernilai GBP100 juta.
"Brighton membuka peluang untuk melepaskan khidmat Caicedo, dengan Liverpool kini merupakan kelab yang melakukan bidaan tertinggi mengatasi bidaan GBP100 juta daripada Chelsea.
"Syarat peribadi masih belum dipersetujui antara Caicedo dan Liverpool, tetapi ia dijangka bakal diselesaikan, dengan ujian perubatan bakal dijalankan dalam masa terdekat," kata Ornstein dalam The Athletic.
Semasa jendela perpindahan Januari musim lalu, Arsenal mencatatkan minat mereka untuk mendapatkan tandatangan pemain kebangsaan Ecuador itu.
Namun pemilik Brighton, Tony Bloom, seorang perunding yang terkenal, berpegang teguh dan menolak tawaran GBP70 daripada The Gunners.
Jadi apabila Arsenal menandatangani pemain tengah pertahanan Declan Rice kurang daripada enam bulan kemudian, Chelsea muncul sebagai pasukan pilihan untuk mengambil Caicedo.
Dengan Mason Mount, Mateo Kovacic, N’Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek semuanya berhijrah, Chelsea telah memiliki kekosongan di jentera tengah.
Bagaimanapun, Liverpool memasuki persaingan di penghujung dan seolah-olah merampas pemain sasaran Chelsea, mengatasi mereka dengan GBP10juta.
Perjanjian itu memecahkan rekod perpindahan kelab Merseyside itu sebanyak GBP75 juta untuk menandatangani Virgil van Dijk pada 2018.
Ia juga memecahkan rekod bayaran British, satu penghargaan yang pernah dipegang Chelsea sebelum ini apabila mereka membelanjakan GBP107 juta kepada Enzo Fernandez. - StadiumAstro
Astro Arena
Fri Aug 11 2023
Syarat peribadi masih belum dipersetujui antara Caicedo dan Liverpool, tetapi ia dijangka bakal diselesaikan, dengan ujian perubatan bakal dijalankan dalam masa terdekat. - StadiumAstro
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Liverpool pecah rekod yuran perpindahan tandatangani Moises Caicedo
Menurut David Ornstein dari The Athletic, bayaran sebanyak GBP110 juta telah dipersetujui, sekali gus memecahkan rekod perpindahan Britain.