awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool sedia tolak pinangan untuk Mohamed Salah

Astro Arena
Astro Arena
26/08/2023
01:30 MYT
Liverpool sedia tolak pinangan untuk Mohamed Salah
Jurgen Klopp (kiri) menolak spekulasi baharu yang mengaitkan Mohamed Salah (kanan) ke Arab Saudi sambil menegaskan bahawa penyerang Mesir itu tunjang Liverpool.
JURGEN Klopp menolak spekulasi baharu yang mengaitkan Mohamed Salah ke Arab Saudi sambil menegaskan bahawa penyerang Mesir itu tunjang Liverpool.
Al-Setelah membeli Fabinho dengan harga £40 juta, Ittihad dilaporkan turut berhasrat memiliki Salah yang masih mempunyai baki dua tahun kontraknya.
Jumlah yang disebut sangat mengejutkan, dengan bayaran £60 juta yang disebut-sebut untuk pemain berusia 31 tahun itu, yang didakwa boleh mengantongi £155 juta dalam tempoh dua tahun untuk menjadi salah seorang pemain bola sepak bergaji tertinggi di dunia.
If we considered leaving LFC this year, we wouldnt have renewed the contract last summer. Mohamed remains committed to LFC.
— Ramy Abbas Issa (@RamyCol) August 7, 2023
Bagaimanapun, Klopp mendedahkan, Liverpool langsung tidak dihubungi oleh mana-mana kelab Liga Pro Saudi selain menegaskan sebarang bidaan rasmi melebihi £100 juta untuk bintang mereka itu akan ditolak.
Bercakap menjelang kunjungan ke Newcastle bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini, pengurus Liverpool itu berkata: “Selalunya agak sukar untuk mengulas mengenai kisah di media kerana tiada apa yang perlu dibincangkan pada ketika ini.
“Kami tidak menerima sebarang tawaran, Mo Salah masih merupakan pemain Liverpool, jelas untuk semua perkara yang kami lakukan, dia merupakan tonggak penting. Pendirian kami tidak berganjak. Jika ada tawaran sekalipun maka jawapannya adalah tidak.
“Falsafah hidup saya ialah saya hanya memikirkan masalah apabila mengalaminya. Pada masa ini, tiada apa-apa lagi. Saya sudah kata jika ada pun, jawapannya ialah tidak.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#Mohamed Salah berhijrah ke Arab Saudi
#jurgen klopp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan