awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
Selepas tawanan Israel terakhir ditemui, Gaza tuntut bantuan dan pembukaan lintasan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Louis van Gaal jurulatih baru Indonesia?

Astro Arena
Astro Arena
20/10/2025
05:30 MYT
Louis van Gaal jurulatih baru Indonesia?
Nama bekas jurulatih Manchester United, Louis van Gaal, menjadi sebutan peminat Indonesia, dan khabar angin itu semakin bertiup kencang namun belum ada pengesahan rasmi setakat ini. - Gambar/ Stadium Astro
JAWATAN ketua jurulatih Indonesia masih kosong susulan kesepakatan penamatan kontrak Patrick Kluivert bersama Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Jawatan ketua jurulatih Indonesia masih kosong susulan penamatan kontrak Patrick Kluivert bersama PSSI selepas kegagalan skuad Garuda layak ke Piala Dunia 2026.
  • Nama Louis van Gaal, bekas pengendali Manchester United dan pasukan kebangsaan Belanda, menjadi sebutan hangat dalam kalangan peminat Indonesia sebagai calon utama, namun belum ada pengesahan rasmi.
  • Van Gaal yang kini berusia 74 tahun dan bertugas sebagai penasihat Ajax dijangka mengadakan sidang media tergempar hari ini, sekali gus mencetuskan spekulasi pelantikan rasmi.

Siapakah yang akan mengisi posisi tersebut?
Indonesia terpaksa menerima hakikat gagal layak ke Piala Dunia 2026 dengan tamparan hebat tewas kepada Arab Saudi dan Iraq dalam pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.
Ketika ini, kecoh di media sosial tentang seorang lagi pengendali dari Belanda dengan profil tinggi bakal mengetuai skuad kebangsaan Garuda.
Nama bekas jurulatih Manchester United, Louis van Gaal, menjadi sebutan peminat Indonesia, dan khabar angin itu semakin bertiup kencang namun belum ada pengesahan rasmi setakat ini.
Desas-desus pelantikan Van Gaal turut mendapat perhatian media antarabangsa di samping Indonesia seperti mahu meneruskan DNA Belanda.
Dia yang sudah berusia 74 tahun itu merupakan penasihat Ajax ketika ini dan menjadi individu yang bertanggungjawab melatih Belanda dalam kempen Piala Dunia.
Karier bersama Barcelona juga antara musim cemerlang yang pernah dirasainya sewaktu bergelar pemain.
Menurut laporan yang tular, difahamkan Van Gaal akan mengadakan satu sidang media tergempar hari ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Louis van Gaal
#jurulatih indonesia
#Indonesia
#Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan