KUALA LUMPUR:Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2021 (LTdL 2021) dibatalkan dan akan dianjurkan semula pada 2022.
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab percaya keputusan untuk membatalkan LTdL 2021 dan menganjurkannya pada 2022 adalah satu tindakan pragmatik yang bersesuaian dengan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.
"Ada banyak perkara yang mesti difikirkan oleh semua pihak termasuk PKBM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Saya percaya Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) akan menerima penjelasan kami kerana ia dicapai dan diputuskan berdasarkan suasana yang sangat mendesak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abu Samah menjelaskan PKBM selaku pemegang hak penganjuran LTdL akan memberi penjelasan terperinci kepada UCI dengan kadar segera bagi memudahkan pasukan yang telah menerima jemputan untuk membuat tindakan susulan.
Keputusan untuk membatalkan perlumbaan berbasikal paling elit di benua Asia itu dicapai secara sebulat suara ketika mesyuarat khas melibatkan beberapa pihak termasuk KBS, pada Isnin.
"Keputusan ini dicapai memandangkan kesuntukan masa untuk semua pihak melakukan persiapan rapi ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun ini. Apatah lagi keputusan untuk membatalkan Sukan Malaysia (Sukma) Johor juga telah dibuat.
"Jadi, adalah lebih baik kalau keputusan untuk membatalkan LTdL 2021 turut dilakukan. Saya harap keputusan ini baik untuk semua pihak," katanya.
Abu Samah yang juga naib presiden kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) turut mendedahkan ada percubaan oleh pihak tertentu untuk menganjurkan LTdL 2021 pada September tahun hadapan, namun ia tidak berjaya mendapatkan tarikh penganjuran bersesuaian daripada UCI.
Hal itu kerana Jelajah Malaysia 2021 juga akan diadakan pada September tahun hadapan, jadi agak mustahil menganjurkan LTdL 2021 pada September tahun depan ekoran kesukaran untuk mendapatkan penyertaan pasukan elit dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2021 (LTdL 2021) dibatalkan dan akan dianjurkan semula pada 2022. - Gambar fail

Krisis Perubatan | Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan
Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turki berkata, mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan merangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu Minyak Masak | Permintaan minyak masak peket naik mendadak
Permintaan minyak masak peket subsidi di kawasan luar bandar di kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Bagi pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tambahan kuota minyak peket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya memutuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura. Ini kerana, banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir Baling | Memahami punca tragedi banjir di Baling
Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, Felo Utama Lestari UKM

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Sekuriti Makanan | Langkah mempelbagaikan sumber import
Wajar untuk kerajaan mempelbagaikan sumber import makanan dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan, kata Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prod Ida Idayu Muhamad.

Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal
KBS tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menaja pendapatan.

Lantikan Ahli Parlimen Belia dilanjut sehingga 2023
Kementerian Belia dan Sukan bersetuju untuk melanjutkan tempoh lantikan ahli Parlimen Belia Malaysia (PBM) bagi sesi 2019-2021 hingga 2023, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu cungkil lebih ramai atlet pelapis - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis.

Stadium Nasional ditutup mulai Rabu
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu.

Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.

KBS serah kepada pihak berkuasa siasat kes rogol pemain bola
Kementerian Belia dan Sukan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemain bola sepak liga tempatan yang didakwa merogol remaja berusia 18 tahun, di Kelantan, Ahad lepas.

PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV siap Ogos
Berikutan kerja naik taraf lampu limpah, kesemua perlawanan Liga Malaysia khususnya Liga Premier melibatkan Kelantan FC dan Kelantan United FC (KUFC) akan diadakan di luar Kelantan.

Al Jufferi berkampung dua bulan di Nilai hadapi Kejohanan Silat Dunia 2022
Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berkata Nilai menjadi lokasi pilihan kerana beliau mahu persekitaran yang jauh dari bandar untuk lebih fokus.

Pindaan akta pembangunan sukan dirangka perkemas pentadbiran persatuan, NGO
Pindaan itu juga bertujuan meningkatkan mutu budaya profesionalisme bagi lebih 11,000 persatuan.