KUALA TERENGGANU: Ketibaan lengkap 22 pasukan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, di sini, sejak semalam, membuktikan bahang penganjurannya tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.
Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia dengan jarak sejauh 1,278.1 kilometer (km) meliputi lapan peringkat itu bukan sahaja mengujakan peminat sukan tanah air, bahkan sejumlah pelumba, baik dari dalam mahupun luar negara.
Kesemua pasukan bertanding membabitkan seramai 131 pelumba itu hadir dengan tujuan sama, iaitu bagi membuktikan siapa lebih handal menyarung jersi hijau selaku pendahulu keseluruhan LTdL 2023.
Tampil dengan keunikan sejak penganjuran 1996, penukaran warna jersi pendahulu keseluruhan bagi jelajah bertaraf ProSeries itu dibuat kali ini berikutan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) merupakan penaja perdana perlumbaan berbasikal berkenaan.
Turut menjadi jersi rebutan pada LTdL edisi ke-27 ini, jersi oren (Raja Pecut); jersi polka (Raja Bukit) dan jersi putih (Pelumba Terbaik Asia).
Berbeza dengan LTdL 2022 dengan penyertaan enam pasukan WorldTeam, edisi kali ini tampil dengan dua pasukan membabitkan EF Education-Easypost dari Amerika Syarikat dan Astana Qazaqstan Team dari Kazakhstan namun dijangka kekal 'menyengat' kesemua pasukan bertanding.
Ketua jurulatih skuad berbasikal kebangsaan, Mohd Yusof Nasir berkata, keberadaan dua pasukan WorldTeam itu merupakan peluang terbaik untuk mereka kekal merasai aksi saingan peringkat tertinggi.
Beliau berkata, ia juga kesempatan bagi pelumba Malaysia membuktikan kebolehan dan keupayaan mereka bersaing dengan pelumba profesional sekali gus meletakkan sasaran untuk berada di podium dalam mana-mana peringkat saingan.
LTdL 2023 bermula dengan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu, diikuti Peringkat 2 (Kuala Terengganu-Kota Bharu), Peringkat 3 (Jeli-Baling), Peringkat 4 (Bukit Mertajam-Meru Raya), Peringkat 5 (Slim River-Genting Highlands), Peringkat 6 (Karak-Melaka), Peringkat 7 (Muar-Seremban) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Setia Alam-Kuala Lumpur).
Dua peringkat awal LTdL 2023 dijadual bermula di Terenganu bermula esok dari Kerteh ke Kuala Terengganu dan keesokan harinya dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu dijangka memberi kelebihan buat pasukan berstatus Continental Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang berpangkalan di negeri itu untuk menawan peringkat berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal dalam pada itu menjangkakan saingan sengit bakal berlaku seawal Peringkat 1 dengan perlumbaan panaroma persisiran pantai sebagai pembuka bicara buat pelumba.
Tiga zon pecutan bagi Peringkat 1 disediakan iaitu di Dungun, Ajil dan Tok Jamal serta dua zon pendakian kategori 4 (KOM4) di Jerangau dan Sekayu yang menjadi medan pemburuan awal buat pelumba menguasai empat jersi utama yang menjadi rebutan.
"Kami menjangkakan bakal berlaku penamat secara beramai-ramai di peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu, di mana pasukan gergasi akan memberi laluan kepada TSG dan pasukan kebangsaan melakukan pemecahan.
"Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff (pelumba TSG) ada peluang untuk hari pertama kerana akan melalui kampungnya, jadi dia akan terus melakukan kayuhan bertenaga sejak hari pertama lagi bagi mengutip mata di zon pendakian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia dengan jarak sejauh 1,278.1 kilometer meliputi lapan peringkat itu bukan sahaja mengujakan peminat sukan tanah air, bahkan sejumlah pelumba, baik dari dalam mahupun luar negara. - Gambar fail

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.
Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran berkenaan melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang struktur tidak kekal.

Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat hampir 90 peratus - Nga
Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 88.84 peratus tahun ini berbanding 83.34 peratus pada 2020, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

LTdL 2023 : De Kleijn catat kemenangan sekali lagi
Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

LTdL 2023: Carr dedikasi kemenangan peringkat 'queen stage' buat datuknya
Pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr, muncul juara perlumbaan Peringkat 5, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.

LTdL 2023: Peringkat ketiga milik Jackson
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling.

De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

LTDL 2023: Martin Lopez mahu balas kepercayaan Astana
Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian di pentas LTdL 2023.

LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.