awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lukaku cedera lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
01/11/2022
03:50 MYT
Lukaku cedera lagi
Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter dari kuasa bola sepak Inggeris, Chelsea kembali beraksi dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara minggu lalu. - Foto AP
PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku mengalami kecederaan hamstring sekali lagi apabila membuat kemunculan semula selepas dua bulan di luar padang, kata kelab Serie A itu pada Isnin, tiga minggu sebelum Piala Dunia 2022 bermula di Qatar.
Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter dari kuasa bola sepak Inggeris, Chelsea kembali beraksi dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara minggu lalu menentang kelab Viktoria Plzen - di mana dia menjaringkan gol - dan bermain dalam Serie A hujung minggu dengan Sampdoria, berada di atas padang selama 29 minit sepanjang kedua-dua perlawanan.
"Pagi ini, Romelu Lukaku menjalani ujian di Institut Kemanusiaan di Rozzano. Mereka mendedahkan bahawa pemain Belgium itu mengalami ketegangan myotendinous di hamstring kirinya.
“Keadaan beliau akan dinilai semula dalam beberapa hari lagi,” kata Inter dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, Lukaku adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium dengan 68 gol dalam 102 penampilan.
Namun kecederaan buku lali menjelang penghujung musim lalu, selain masalah hamstring menghalangnya daripada bermain dalam lima daripada enam perlawanan Liga Negara-Negara mereka ketika Belgium terlepas tempat di pusingan akhir.
Belgium, yang berstatus ranking kedua dunia, berada dalam Kumpulan F Qatar 2022, memulakan kempen menentang Kanada pada 27 November, diikuti Maghribi dan naib juara 2018 Croatia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Romelu Lukaku
#inter milan
#hamstring
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan