Jurulatih Perak Mehmet Durakovic menggesa anak buahnya untuk melupakan kekalahan 0-7 kepada juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT), dan sebaliknya memfokuskan kepada perlawanan seterusnya menentang UiTM FC di Ipoh, pada Jumaat.
Jurulatih dari Australia itu berkata, kekalahan terbesar kepada JDT di Stadium Sultan Ibrahim itu seharusnya dijadikan teladan, untuk pemain mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama, apabila menerima kehadiran UiTM FC di Stadium Perak.
"Apa yang penting ialah pemain perlu memastikan semangat mereka terus ada, dan mengembalikan keyakinan diri, kerana perlawanan menentang UiTM FC juga penting dalam memperbaiki kedudukan dalam Liga Super," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia, hari ini.
Perak pada ketika ini berada di kedudukan keenam Liga Super dengan lapan mata, selepas enam perlawanan (dua menang, dua seri dan dua kekalahan).
Dalam kenyataan sama, pengendali Pahang Dollah Salleh mendedahkan, beliau akan melakukan rombakan di bahagian tengah dan serangan, menjelang aksi Liga Super berdepan Polis Diraja Malaysia, di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu ini.
Skuad Tok Gajah yang mengutip enam mata selepas enam perlawanan, menerusi dua kemenangan dan empat kekalahan, kini berada di tangga kelapan daripada 12 pasukan.
Terbaharu, Pahang tumpas 0-1 kepada pasukan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.
"Memang saya kecewa apabila kita tewas kepada UiTM FC, dan memang saya sudah boleh jangkakan sebelum perlawanan, apabila pasukan kita ramai pemain yang cedera dan serba tidak menjadi.
"Sebab itu, saya akan membuat sedikit rombakan selepas ini berdasarkan keadaan sekarang, dengan Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos cedera, dengan situasi Mohamadou Sumareh lagi, jadi saya memang kena buat sesuatu khususnya di bahagian tengah dan serangan," jelas bekas jurulatih skuad kebangsaan itu.
Pengurus pasukan Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang sebelum ini mendakwa, Sumareh yang masih memiliki kontrak sehingga 2022, dikatakan tawar hati untuk terus mewakili pasukan berkenaan, selepas beliau dilaporkan gagal hadir ke sesi latihan skuad Tok Gajah sejak Julai lepas.
Pemain kelahiran Gambia itu yang juga pemain naturalisasi pertama negara, dilapor mendapat tawaran beraksi dengan sebuah kelab Thailand Police Tero FC, namun kelab berkenaan masih belum membuat pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020
DURAKOVIC: Kekalahan terbesar kepada JDT di Stadium Sultan Ibrahim itu seharusnya dijadikan teladan. - Gambar fail
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.