awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman Hakim lantik ejen berpangkalan di Eropah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/06/2020
12:57 MYT
Luqman Hakim lantik ejen berpangkalan di Eropah
Luqman Hakim lantik ejen antarangsa untuk melancarkan perjalanan kerjaya profesionalnya selepas ini. - Foto/Instagram EL-EF Sport
Ketika namanya kecoh diperkatakan, pemain bola sepak sensasi negara, Luqman Hakim Shamsuddin, mengambil langkah melantik ejen yang berpangkalan di London untuk mengendalikan kerjayanya selepas ini.
Syarikat berkenaan, EL-EF Sport memaklumkan perkara itu di laman sosial pada Jumaat.
Langkah itu diambil selepas Luqman, 18, dipanggil menyertai kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk, malah terdapat juga laporan dia turut diintai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Kami dengan sukacitanya mengumumkan telah menandatangani salah seorang bakat muda paling berpotensi dari Asia.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Luqman dan membantunya dalam memulakan perjalanan karier profesionalnya," kata mereka.
Nama Luqman kembali hangat sejak beberapa hari lalu apabila pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan tentang pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang didakwa bukan dibeli oleh KV Kortrijk.
Sebaliknya, TMJ berkata penyerang muda itu 'terpaksa' diambil kerana faktor bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.
"Bos anda, Tan Sri Vincent Tan beritahu saya dia tak beli Luqman tetapi dia terpaksa ambil pasal menteri tissue (Syed Saddiq) dan Tun 'request' (mohon). Demi kepentingan politik," kata TMJ seperti dipetik di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST).
Luqman yang disenaraikan media antarabangsa sebagai antara 60 pemain remaja terbaik dunia tahun lalu, sepatutnya menyertai KV Kortrijk pada Mac. Ia bagaimanapun tertangguh atas sebab yang tidak dapat dipastikan.
Namun laporan terbaharu menyebut Luqman sudah mendapat panggilan ke Belgium, minggu depan dan kini menanti kebenaran kerajaan ke luar negara.
Topic Berkaitan
#Belgium
#bola sepak
#EL-EF Sport
#KV Kortrijk
#laman sosial
#Liga Perdana Inggeris
#Luqman Hakim Shamsuddin
#Mahathir Mohamad
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan