awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman jaringkan gol pada penampilan pertama untuk KV Kortrijk U-21

Bernama
Bernama
27/08/2020
10:40 MYT
Luqman jaringkan gol pada penampilan pertama untuk KV Kortrijk U-21
Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu KV Kortrijk. Gambar/ Facebook@luqmanhakim9fans
Pemain bola sepak remaja sensasi Luqman Hakim Shamsudin mencatatkan rekodnya tersendiri di Eropah selepas berjaya menjaringkan satu gol pada penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk Bawah-21 dalam perlawanan menentang pasukan KRC Gent.
Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu itu, dilihat merampas bola daripada pemain pertahanan lawan, sebelum merembat bola melepasi penjaga gol KRC Gent, dalam satu video disiarkan di laman sosial KV Kortrijk.
Bagaimanapun KV Kortijk tewas 1-4 dalam perlawanan pertama Luqman Hakim selepas menjalani kuarantin 14 hari.
"Hakim Luqman, jaringkan gol pertamanya di Eropah untuk U-21 kita (@kvkjeugd) dalam kekalahan 1-4 ketika menentang KRC Gent. Tahniah, Hakim!," dalam hantaran Facebook dan Twitter kelab tersebut.
Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belgium
#bola sepak
#Facebook
#Kota Bharu
#laman sosial
#Luqman Hakim Shamsudin
#Malaysia
#remaja
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan