Hasrat Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 2016 tidak kesampaian selepas mengalami kekalahan kedua pada aksi terakhir pusingan kelayakan Kumpulan I, malam tadi.
Kekalahan tipis 0-1 skuad B-22 negara kepada Jepun di Stadium Shah Alam malam ini, sekali gus menutup terus peluang mereka beraksi di pusingan akhir kejohanan berkenaan pada Januari tahun depan.
Kemenangan ketiga berturut-turut skuad muda 'Samurai Biru' itu, menyaksikan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menang 7-0 berdepan Macau pada aksi pembukaan Jumaat lepas sebelum mengalahkan Vietnam 2-0 di venue sama Ahad lepas.
Pada aksi malam ini, Jepun yang dibarisi skuad simpanan ternyata menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia sebaik sahaja perlawanan bermula.
Penyerang Muhammad Farhan Roslan berpeluang membuka jaringan skuad negara pada minit ke-29 namun percubaannya dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Jepun, Ayumi Niekawa.
Asakan berterusan Jepun akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang mewakili kelab Switzerland, BSC Young Boys iaitu Yuya Kubo menanduk masuk gol hasil hantaran rakan sepasukan pada minit ke-41.
Bersambung separuh masa kedua, pasukan Jepun kendalian Makoto Teguramori terus mengasak namun dihampakan oleh kekebalan benteng pertahanan negara yang 'berkampung' di halaman sendiri dan keputusan 0-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, ketua jurulatih skuad B-22 negara, Razip Ismail berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menentukan nasibnya selepas anak buahnya gagal layak ke pusingan akhir kejohanan berkenaan.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut, terpulang kepada FAM bagi menentukan nasib saya (pada masa depan) namun secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan prestasi pemain saya," katanya.
Kapten pasukan B-22 negara, Nazirul Naim Che Hashim pula mengakui banyak kelemahan mereka yang perlu diperbaiki terutamanya apabila bersaing dengan pasukan yang hebat seperti Jepun.
"Berbeza dengan Piala Bangabhandu di mana kita muncul juara, pemain yang beraksi pada kejohanan kelayakan ini mempunyai corak permainan yang bagus, jadi banyak pengajaran kita dapat pada kejohanan ini," katanya.
Dalam pada itu, Teguramori memuji peningkatan prestasi yang ditampilkan anak buahnya pada kejohanan tersebut, di samping mereka mampu berdepan dengan keadaan cuaca panas terik di negara ini.
"Saya gembira kerana pemain kami dapat mengekalkan rekod bersih (tanpa kalah) namun beberapa aspek perlu dipertingkatkan sebelum pusingan akhir di Qatar (tahun depan)," katanya.
Bernama
Wed Apr 01 2015
Hasrat Malaysia meraih slot ke pusingan akhir AFC Bawah 23 2016 tidak kesampaian selepas mengalami kekalahan kedua malam tadi.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.