Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan aksi mengecewakan pada aksi persahabatan antarabangsa selepas kalah 1-3 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, malam tadi.
Kekalahan itu merupakan yang keempat dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam tiga aksi persahabatan terdahulu.
Mereka kalah 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 0-2 kepada Indonesia pada 14 Sept lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.
Skuad Harimau Malaya turut diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Rabu lepas.
Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 Sept lepas.
Pada aksi itu, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi mencari gol awal namun skuad negara berjaya mendahului pada minit ke-22 menerusi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Amri Yahyah yang bijak menyudahkan hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha.
Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah kembali memperkemas corak permainan bagi mencari gol penyamaan, namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan dan keputusan itu kekal sehingga berakhir separuh masa.
Bersambung babak kedua, pasukan Vietnam menggandakan asakan ke kubu skuad negara dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mac Hong Quan pada minit ke-47.
Selang seminit kemudian, skuad negara ditimpa malang selepas pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari pemain Vietnam.
Kekurangan 10 pemain dimanfaatkan sepenuhnya pasukan tuan rumah yang menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti oleh Nguyen Van Quyet pada minit ke-56.
Sepakan penalti itu diberikan oleh pengadil selepas pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menjatuhkan Van Quyet di dalam kotak penalti skuad negara.
Pemain tengah, Ngo Hoang Thinh mengesahkan kemenangan mutlak Vietnam pada minit ke-81 selepas beliau menyambar bola yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Perlawanan berkenaan merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara untuk menghadapi Piala AFF Suzuki di Singapura dari 23-29 Nov ini.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov disusuli aksi kedua menentang Thailand (26 Nov) dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Skuad negara akan menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 Nov ini.
Bernama
Mon Nov 17 2014
Kekalahan itu merupakan yang keempat dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh. -Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.