awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maafkan saya - Karius

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2018
04:12 MYT
Maafkan saya - Karius
KARIUS: Jika boleh saya undurkan masa, saya akan lakukan. Saya minta maaf kepada pasukan. Saya tahu saya kecewakan mereka hari ini. - Foto Sinar Harian
“SAYA meminta maaf kepada semua, pasukan, seluruh kelab dan peminat kerana kesilapan yang membawa padah ini."
Demikian luahan hati penjaga gol Liverpool, Loris Karius yang mengakui kesilapannya menghadiahkan jaringan buat lawan menyaksikan pasukan itu tewas 1-3 kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Penjaga gol kelahiran Jerman itu memberikan Real gol pertama mereka pada minit ke-51 di mana ketika dia terburu-buru memulakan serangan, dia membaling bola di depan Karim Benzema yang pantas merebut peluang untuk meledak jaringan.
Pemain berusia 24 tahun itu turut melakukan kesilapan untuk gol ketiga Real apabila Gareth Bale mencuba jaringan jarak jauh yang melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool itu.
“Perasaan saya kosong ketika ini. Hari ini saya penyebab kekalahan pasukan.
"Jika boleh saya undurkan masa, saya akan lakukan. Saya minta maaf kepada pasukan. Saya tahu saya kecewakan mereka hari ini.
“Gol itu menyebabkan kami hilang gelaran. Situasi memang sukar sekarang tetapi itulah kehidupan seorang penjaga gol. Anda perlu bangkit semula.” katanya.
Sementara itu, Jurgen Klopp yang akur dengan kesilapan itu bersimpati terhadap penjaga gol yang dibawa daripada kelab lamanya Mainz.
“Apa yang boleh saya katakan. Loris pun tahu, semua orang tahu. Ia sesuatu yang memalukan dalam perlawanan seperti ini dan musim seperti ini.
"Saya benar-benar simpati dengannya, dia pemain yang hebat,” kata pengendali Liverpool itu.
Topic Berkaitan
#Gareth Bale
#Liga Juara-Juara
#Liverpool
#loris karius
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan