awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam magis di Old Trafford! Red Devils mara ke separuh akhir Liga Europa

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
17/04/2025
22:20 MYT
Malam magis di Old Trafford! Red Devils mara ke separuh akhir Liga Europa
Harry Maguire dan rakan-rakan meraikan gol kelima pasukan pada perlawanan suku akhir kedua Liga Europa antara Manchester United dan Olympique Lyonnais di Old Trafford, Manchester, Britain, 17 Apr 2025. REUTERS
MANCHESTER United mencatat kemenangan dramatik 5-4 ke atas Olympique Lyonnais dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa di Old Trafford, sekali gus memastikan kemaraan ke separuh akhir dengan agregat 7-6.
Skuad kendalian Ruben Amorim memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan apabila Manuel Ugarte dan Diogo Dalot masing-masing menjaringkan gol dalam 20 minit pertama, meletakkan United di hadapan 2-0.
Bagaimanapun, Lyon bangkit menerusi jaringan Corentin Tolisso sebelum rehat, diikuti oleh Nicolás Tagliafico dan Rayan Cherki pada separuh masa kedua untuk meletakkan pasukan pelawat kembali dalam persaingan.
Kedudukan agregat kembali seimbang, memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Walaupun kehilangan Tolisso akibat kad merah, Lyon sekali lagi mengejutkan tuan rumah apabila Alexandre Lacazette menyempurnakan sepakan penalti, menjadikan kedudukan 4-2.
United berada di ambang penyingkiran.
Namun begitu, semangat juang tinggi ditampilkan pasukan tuan rumah. Bruno Fernandes mengurangkan defisit melalui sepakan penalti, sebelum pemain muda Kobbie Mainoo menyamakan kedudukan pada minit ke-120.
Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan penentuan sepakan penalti, Harry Maguire muncul sebagai wira apabila menanduk masuk hantaran Casemiro pada saat-saat akhir masa tambahan, sekali gus melengkapkan kemenangan dramatik 5-4.
Dengan keputusan ini, Manchester United mengesahkan tempat di separuh akhir dan akan menentang Athletic Bilbao, yang menewaskan Rangers dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Olympique Lyonnais
#Liga Europa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan