awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam sukar untuk dilupakan - Ramos

Astro Arena
Astro Arena
16/11/2019
03:12 MYT
Malam sukar untuk dilupakan - Ramos
Sergio Ramos (dua kiri), Alvaro Morata (kiri) dan rakan sepasukan meraikan jaringan gol pertama pasukan Sepanyol dalam perlawanan Kumpulan F menentang Malta pada saingan kelayakan Euro 2020. REUTERS
SERGIO Ramos menyifatkan kemenangan Sepanyol 7-0 ke atas Malta sebagai "malam yang sukar untuk dilupakan" apabila bintang Real Madrid itu penghormatan istimewa di Cadiz.
Ramos mengetuai skuad kendalian Robert Moreno itu untuk menang di Estadio Ramon de Carranza bagi menjamin kedudukan teratas Kumpulan F saingan kelayakan Euro 2020.
Jaringan dalam separuh masa pertama daripada Alvaro Morata dan Santi Cazorla meletakkan Sepanyol di landasan untuk meraih tiga mata sebelum lima gol yang dilakar pada 45 minit seterusnya, Pablo Sarabia, Gerard Moreno dan Jesus Navas memahat nama selaku penjaring sementara gol sulung daripada pemain muda, Pau Torres dan Dani Olmo.
Ramos bangga selepas sepak mula apabila menerima penghormatan di atas khidmatnya untuk La Roja.
Pemain berusia 33 tahun itu menyatakan ia adalah malam yang sukar untuk dilupakan dala aksi yang ke-169 bersama skuad kebangsaan.
"Kemenangan ini adalah hadiah terbaik untuk saya. Ia merupakan malam terbaik bagi skuad kebangsaan," katanya.
"Malta bertahan pada permulaan permainan. Kami mengikut setiap perancangan jurulatih, menyerang menerusi sayap dan berjaya membuka ruang untuk menghasilkan jaringan.
"Saya sangat gembira di atas jaringan, penampilan sulung beberapa pemain serta kelayakan pasukan ke Euro 2020."
Sepanyol bakal menamatkan saingan kelayakan berdepan Romania di Wanda Metropolitano Isnin ini.
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#Malta
#perlawanan kelayakan
#Real Madrid
#sepanyol
#Sergio Ramos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan