awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malang bertimpa buat Destiny Udogie, kereta dipecah masuk ketika aksi Spurs

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
20/01/2026
02:40 MYT
Malang bertimpa buat Destiny Udogie, kereta dipecah masuk ketika aksi Spurs
Insiden tersebut hadir pada waktu yang mencabar buat Udogie, yang kini semakin terpinggir daripada kesebelasan utama Tottenham. - Foto Instagram/Destiny Udogie
DESTINY Udogie terus berdepan musim yang sukar bersama Tottenham Hotspur apabila menjadi mangsa pecah masuk kenderaan, sekali gus menambah tekanan terhadap masa depannya di kelab itu.
Menurut laporan Daily Mail, kenderaan mewah Range Rover milik pemain berusia 23 tahun itu telah dipecah masuk pada Sabtu lalu, ketika Tottenham tewas 1-2 kepada West Ham di laman sendiri.
Udogie dilaporkan berasa “amat kecewa” selepas mendapati keretanya mengalami kerosakan teruk sebaik kembali selepas perlawanan.
Lebih menyedihkan, laporan turut menyebut bahawa hampir semua barangan di dalam but kenderaan telah dicuri, dengan hanya sepenyangkut baju dan sekotak air minuman ditinggalkan oleh pelaku.
Bekas pemain Udinese itu meluahkan kekecewaan secara sinis menerusi media sosial dengan hantaran ringkas berbunyi: “Yeah, good night.”
BREAKING: Destiny Udogie has been the subject of yet another attack, this time on his car, as he shares a video of the window on his car boot being smashed in. This has got to simply stop. Were all with you, Destiny. pic.twitter.com/U740VSlcwV
— Spurs Army (@SpursArmyTweets) January 18, 2026
Insiden tersebut hadir pada waktu yang mencabar buat Udogie, yang kini semakin terpinggir daripada kesebelasan utama Tottenham.
Sepanjang musim ini, beliau telah membuat 15 penampilan dalam semua kejohanan, namun hanya tujuh daripadanya sebagai pemain utama.
Ketua jurulatih Spurs, Thomas Frank, dilaporkan lebih mempercayai khidmat Djed Spence dan beberapa pemain lain di posisi pertahanan kiri, menyebabkan masa permainan Udogie semakin terhad.
Lebih memburukkan keadaan, Tottenham kini dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan pertahanan kiri Santos, Souza. Pemain remaja itu turut kelihatan berada di stadium ketika Spurs tewas kepada West Ham, dengan perpindahan bernilai sekitar £8 juta dilaporkan semakin hampir dimuktamadkan.
Perkembangan tersebut mencetuskan spekulasi bahawa masa depan Udogie di Stadium Tottenham Hotspur mungkin hampir ke penghujungnya, sekiranya persaingan di posisi pertahanan kiri terus memihak kepada pemain lain.
Topic Berkaitan
#Destiny Udogie
#Tottenham Hotspur FC
#pecah masuk
#Range Rover
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan