awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia belasah Afrika Selatan, hanya perlu seri dengan Jepun untuk ke final

Bernama
Bernama
06/11/2022
15:56 MYT
Malaysia belasah Afrika Selatan, hanya perlu seri dengan Jepun untuk ke final
Malaysia hanya perlu seri dengan Jepun untuk layak ke final kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas membelasah Afrika Selatan 7-2.
IPOH: Malaysia hanya perlu seri dengan Jepun esok untuk layak ke final kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas membelasah Afrika Selatan 7-2 di sini hari ini.
Permainan antara Malaysia dan Afrika Selatan semalam dihentikan pada minit ke-14 kerana hujan lebat, dengan Afrika Selatan mendahului 1-0 hasil pukulan sudut penalti Le Forestier Cameron.
Bagaimanapun, kedudukan Speedy Tigers di bawah bimbingan A. Arul Selvaraj berubah apabila permainan disambung semula hari ini.
Muhammad Razie Rahim muncul sebagai hero hari ini dengan melakukan hatrik melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-17, ke-19 dan ke-50.
Selepas gol kedua Muhammad Razie perlawanan dihentikan selama 30 minit kerana hujan.
Gol-gol terus dihasilkan selepas perlawanan bersambung kembali setelah hujan berhenti dengan gol Speedy Tigers disumbangkan oleh Nik Aiman Nik Rozemi menerusi gol padang pada minit ke-22, gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-23, gol padang Shello Silverius pada minit ke-38 dan pukulan sudut penalti kapten pasukan Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-42.
Connor Beauchamp menjaringkan gol kedua Afrika Selatan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-34.
Selepas empat perlawanan, Korea Selatan mendahului kedudukan enam pasukan peserta dengan 10 mata sementara Malaysia di kedudukan kedua dengan tujuh mata dan Jepun dengan tujuh mata di tangga ketiga kerana perbezaan jaringan.
Mesir di kedudukan keempat dengan empat mata diikuti Afrika Selatan (tiga mata) dan Pakistan (dua mata).
Arul Selvaraj memuji pemainnya di atas aksi bertenaga mereka ketika menentang Afrika Selatan.
"Diharap kemenangan kedua akan memberi inspirasi kepada pemain untuk menewaskan Jepun esok. Walaupun kami mempunyai rekod yang baik menentang Jepun, pemain kami mesti kekal fokus dan menyudahkan tugas mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Afrika Selatan
#Hoki Piala Sultan Azlan Shah
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan