Malaysia bermula dengan langkah kanan pada kejohanan Pestabola Merdeka 2013 selepas mencatat kemenangan tipis, 1-0 ke atas negara jiran, Singapura pada aksi pembukaan di Stadium Darul Makmur, di sini, hari ini.
Kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja pengadil perlawanan dari Thailand, Teetichai Nualjan meniup wisel permainan, namun gagal mencari gol pendahuluan.
Percubaan terbaik Malaysia yang diwakili oleh skuad Harimau Muda A pada kejohanan itu muncul menerusi sepakan percuma oleh penyerang, Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-36, namun ditepis keluar penjaga gol Singapura, Muhammad Syazwan Buhari.
Pemain gantian Singapura, Muhammad Khairul Nizam hampir mencemaskan pintu gol skuad negara menerusi tendangan dari dalam kotak penalti pada masa tambahan separuh masa pertama namun berjaya ditampan Mohd Izham Tarmizi Selamat yang mengawal kubu skuad negara.
Keadaan padang yang becak akibat hujan lebat sebelum perlawanan bermula, nyata menyukarkan kedua-dua pasukan untuk mencari gol pembukaan sehinggalah berakhir babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang, A. Thamil Arasu yang memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan melepasi jangkauan Muhammad Syazwan pada minit ke-46.
Singapura terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-55 selepas Muhammad Afiq Yunos diperintahkan keluar padang oleh Teetichai kerana menghalang bola menggunakan tangan, sekaligus menghadiahkan sepakan penalti kepada Malaysia.
Wan Zack Haikal yang tampil mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya selepas sepakan lemahnya berjaya ditepis keluar Muhammad Syazwan.
Kedua-dua pasukan terus mengasak ke kubu masing-masing namun buntu mencari gol untuk menyaksikan Malaysia berjaya memungut tiga mata penuh.
Malaysia dijadualkan bertemu Myanmar pada perlawanan kedua, Isnin ini sebelum menamatkan aksi peringkat awal dengan menentang musuh tradisi, Thailand pada Rabu dan kedua-dua aksi tersebut akan berlangsung di venue yang sama.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan sehari ke Kuantan, sempat meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan pemain Malaysia di bilik persalinan pemain.
Bernama
Sat Sep 07 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.
Penang FC bukan 'Liverpool Malaysia'
Raut wajah Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dikatakan agak mirip dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Apa yang kita perlu tahu mengenai penyambungan semula EPL
Tarikh sambung semula liga sudah dipersetujui, namun adakah ia muktamad?
Liverpool tunggu khabar Salah, Klopp berang terjahan Choudhury
Jurgen Klopp berang dengan terjahan lewat daripada Hamza Choudhury terhadap Mohamed Salah yang menyaksikan pemain sayap Liverpool itu terpaksa dikeluarkan.
Kejohanan AFF B-22: Malaysia tewas aksi pembukaan
Skuad negara gagal membuka kempen Kejohanan AFF B-22 dengan nota kemenangan sebaik kecundang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Kemboja.
Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini
Orang ramai yang mahu menyaksikan saingan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil Selasa ini disaran menggunakan LRT dan MRT.
Klopp label Ramos "kejam", "brutal"
Jurgen Klopp menyelar pendekatan agresif Sergio Ramos dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dengan membandingkan tindakan kapten Sepanyol itu seperti seorang "ahli gusti yang brutal".
The Reds berkenduri gol, Real Madrid tak cukup selesa
Sadio Mane cipta hatrik membelasah Porto dengan kemenangan 5-0.
Pulau Pinang juara Piala Emas Raja-Raja
Pulau Pinang berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja apabila mengalah Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir edisi ke-77.
Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan
Impian penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.