awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dapatkan nasihat IOC, WHO mengenai isu virus Zika

Bernama
Bernama
29/05/2016
07:58 MYT
Malaysia dapatkan nasihat IOC, WHO mengenai isu virus Zika
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata beliau percaya Rio de Janeiro selamat untuk semua atlet
Malaysia akan hanya mematuhi nasihat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung isu virus Zika yang melanda Brazil, yang akan menjadi negara tuan rumah Sukan Olimpik 2016.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata beliau percaya Rio de Janeiro selamat untuk semua atlet dan jawatankuasa penganjur telah mengambil langkah penting untuk menangani perkara itu.
"Kami akan dapatkan petunjuk dan nasihat daripada IOC dan WHO. Doktor bebas boleh berkata apa yang mereka suka, tapi saya berpendapat kita akan dapati Brazil, khususnya Rio, akan mengatasi isu virus Zika.
"Nasihat saya ialah Rio mungkin berkeadaan sangat, sangat sihat, tapi bagi yang melakukan perjalanan di luar Rio, mereka perlu amat berhati-hati," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 SportExcel.
Sukan Olimpik 2016 dijadual berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil dari 5 hingga 21 Ogos depan.
Sementara itu, WHO, dalam kenyataan terbarunya, menolak seruan agar Sukan Olimpik Rio dipindahkan atau ditangguhkan berhubung jangkitan Zika.
Menurut pertubuhan itu, ia "tidak akan mengubah dengan banyaknya" penyebaran virus itu, yang dikaitkan dengan kecacatan serius terhadap bayi yang baru dilahirkan.
Semalam, 150 saintis, doktor dan pejuang etika perubatan antarabangsa menulis sepucuk surat terbuka kepada WHO untuk meminta sukan paling berprestij di dunia itu dipindahkan daripada Rio de Janeiro atau ditangguhkan penganjurannya akibat virus tersebut.
Antara Februari dan April 2016, Kementerian Kesihatan Brazil merekodkan kebarangkalian 91,387 kes berkaitan virus Zika, manakala jumlah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan berkaitan virus Zika ialah 4,908 pada April.
Topic Berkaitan
#IOC
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Tunku Imran Tuanku Jaafar
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan