awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia diundi bertemu China pada suku akhir Piala Sudirman 2025

Bernama
Bernama
01/05/2025
21:45 MYT
Malaysia diundi bertemu China pada suku akhir Piala Sudirman 2025
Jika Malaysia berjaya melepasi peringkat suku akhir, skuad negara akan bertemu sama ada Jepun atau Taiwan di separuh akhir. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Kemampuan skuad badminton negara bakal diuji sepenuhnya apabila diundi bertemu pasukan tuan rumah China pada aksi suku akhir kempen Piala Sudirman 2025 yang dijadualkan berlangsung pagi ini.
Pada majlis undian yang berlangsung di Xiamen, China semalam, Malaysia selaku naib juara Kumpulan C berdepan tugas paling getir apabila diundi bertemu juara 13 kali dan juara bertahan tiga edisi berturut-turut, yang juga juara Kumpulan A.
Keputusan undian suku akhir lain pula menyaksikan Jepun berhadapan Taiwan, Denmark menentang Korea Selatan sementara Thailand bertemu Indonesia.
Jika Malaysia berjaya melepasi peringkat suku akhir, skuad negara akan bertemu sama ada Jepun atau Taiwan di separuh akhir.
Pada peringkat kumpulan, Malaysia terpaksa akur bergelar naib juara Kumpulan C selepas menang dua perlawanan masing-masing mengalahkan Perancis 5-0 dan Australia 4-1 sebelum tewas kepada Jepun 2-3.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kempen Piala Sudirman ialah mara ke separuh akhir tiga kali iaitu pada edisi 2009, 2021 dan 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Piala Sudirman 2025
#suku akhir
#Kumpulan C
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami