KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia menamatkan penyertaan mereka di Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2021 di tempat ketiga, selepas atlet powerlifting negara Nicodemus Manggoi Moses memenangi pingat emas ketiga negara, pada hari terakhir kejohanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand, semalam.
Nicodemus, atlet berasal dari Kuching itu menjadi wira negara bagi acara lelaki lebih 88 kilogram (kg) selepas berjaya mengangkat 190kg bagi menyertai dua lagi rakan senegara Bonnie Bunyau Gustin dan Bibiana Ahmad yang menang emas dalam acara masing-masing.
Ton Yarnpairat dari Thailand yang merupakan satu-satunya pesaing bagi kategori tersebut, menang perak selepas mengangkat 120kg.
Jurulatih Powerlifting negara Jamil Adam berkata, kejayaan Nicodemus menaikkan rankingnya, namun disebabkan beliau tidak mengikuti laluan kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sejak tiga tahun lepas, menjadikan peluang untuk beliau layak ke Tokyo itu hampir mustahil.
"Kejohanan ini untuk uji persediaan dia dan beberapa atlet lain ke Sukan Para ASEAN 2021, di sana peluang mereka (menang) cerah," katanya kepada Bernama.
BACA: Piala Dunia Powerlifting: Bonnie Bunyau, Bibiana rangkul pingat emas
Sementara itu, seorang lagi atlet powerlifting negara, Mohd Shahmil Md Saad dan Wan Nur Azri Wan Azman menang gangsa masing-masing dalam acara lelaki lebih 97kg dan lelaki lebih 107kg, sekali gus melengkapkan pungutan pingat kontingen negara dengan tiga emas dan tiga gangsa.
Kuasa utama powerlifting Iran, yang menang lima pingat emas dan satu perak berada di tempat pertama, manakala Thailand di tempat kedua dengan tiga emas, empat perak dan empat gangsa.
"Kejayaan kali ini agak manis bagi kita, sebab di mana-mana kejohanan termasuk Piala Dunia, kita belum dapat meraih pingat sebanyak ini, ini sesuatu yang amat membanggakan buat skuad powerlifting negara," kata Jamil.
Pada Jumaat, Bonnie mengangkat 226kg untuk menang emas acara lebih 72kg, manakala Bibiana mengangkat 80kg untuk memberikan emas kedua negara bagi acara wanita lebih 67kg.
Seorang lagi atlet powerlifting Sona Agon mengangkat 90kg untuk pingat gangsa dalam acara wanita sehingga 73kg.
Sejumlah lapan negara mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuklah Indonesia, Turki, Iraq, Kazakhstan dan Georgia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Nicodemus menghadiahkan emas ketiga negara bagi acara lelaki lebih 88kg. - Foto Gosports.com
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.