KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan Bonnie Bunyau Gustin membuktikan prestasinya di tahap yang terbaik untuk ke kejohanan Paralimpik Tokyo, selepas meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand hari ini.
Atlet kelahiran Kuching berumur 20 tahun itu berjaya melakukan angkatan seberat 226 kilogram (kg) untuk meraih pingat emas dalam kategori lelaki atas 72kg, pencapaian yang jelas bertambah baik berbanding angkatan 207kg yang dilakukannya untuk memenangi dua pingat emas di Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2019 di Nur-Sultan, Kazakhstan.
Juara Paralimpik London 2012, Nader Moradi dari Iran merangkul pingat perak dengan angkatan 204kg manakala Alexandr Daskov dari Kazakhstan di tempat ketiga (140kg) dalam kejohanan yang disiarkan secafra penstriman langsung di laman Facebook rasmi Powerlifting Para Dunia.
Jurulatih powerlifting negara Jamil Adam semasa dihubungi di Bangkok berkata persembahan Bonnie amat menggalakkan ke arah Paralimpik Tokyo yang dijadualkan pada 24 Ogos.
"Dari segi prestasi, beliau memang menunjukkan peningkatan yang membanggakan berbanding kejohanan terdahulu. Beliau ketika ini di ranking nombor satu dunia bagi kategori 72kg di ranking Tokyo, bagaimanapun, ranking ranking muktamad bagi Tokyo akan dikemaskini selepas Piala Dunia Powerlifting Para 2021 Fazza Dubai ke-11,"katanya kepada Bernama.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menerusi Facebook, turut mengucapkan tahniah kepada Bonnie atas persembahannya yang cukup memberangsangkan itu.
Sementara itu Bibiana Ahmad memecahkan rekod angkatan terbaik peribadi beliau sebelum ini 70kg, dengan mengangkat 80kg dalam pusingan ketiga untuk membawa pulang pingat emas kedua kepada Malaysia hari ini dalam kategori wanita 67kg keatas.
Bibiana merupakan pemenang tunggal kerana hanya beliau satu-satunya atlet yang mengambil bahagian dalam kategori itu.
Seorang lagi atlet powerlifting wanita negara Sona Agon berjaya membuat angkatan 90kg untuk memecahkan rekod terbaik peribadi beliau 70kg, namum ia tidak cukup baginya untuk muncul juara dalam kategori wanita 73kg keatas, dan beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Atlet para Turki Sibel Cam memenangi pingat emas dengan angkatan 125kg, manakala pingat perak dimenangi oleh Arawan Bookpo dari Thailand (105kg).
Persembahan hebat ketiga-tiga atlet para itu mencuri perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, apabila beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka menerusi akaun Twitternya.
"Satu lagi berita gembira!! Tahniah saya ucapkan kepada Bonnie Banyau dan Bibiana Ahmad yang telah meraih pingat emas dan Sona Agon dgn pingat gangsa di World Para Powerlifting World Cup 2021! Inilah kuasa kontinjen Malaysia! Tahniah dan teruskan usaha #DemiMalaysia," Reezal Merican tweeted.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Bonnie Bunyau Gustin membuktikan prestasinya di tahap yang terbaik untuk ke kejohanan Paralimpik Tokyo, selepas meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand hari ini. - Foto Twitter/@myTeamMAS
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.
Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.