SUKAN
Malaysia harap pelumba muda lakar kejayaan di Belanda - Adam Adli

Adam Adli (tengah) melakukan simbolik pelepasan peserta-peserta Cycling Tour ASEAN Solidarity di Dataran Pantai Batu Buruk hari ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Malaysia menaruh harapan tinggi kepada skuad berbasikal remaja negara untuk meraih pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Remaja di Apeldoorn, Belanda yang berlangsung dari 20 hingga 24 Ogos ini.
Ringkasan AI
- Malaysia menaruh harapan tinggi kepada empat pelumba remaja untuk meraih pingat pertama negara di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Remaja di Apeldoorn, Belanda dari 20 hingga 24 Ogos.
- Skuad muda menjalani latihan intensif di bawah jurulatih berpengalaman, dengan harapan melahirkan pelapis bertaraf dunia seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa.
- Sawda Hasbullah menjadi tumpuan, selepas kejayaan meraih dua emas dan satu perak di Kejohanan Trek Asia Februari lalu, bersama rakan sepasukan Nur Umairah Qhaisara, Luqman Haqim dan Yu Jing Liang.
"Ia penting untuk kita terus melahirkan pelapis dalam sukan berbasikal di peringkat dunia, dan kita mahu lahirkan lebih ramai (Datuk) Azizulhasni Awang, Shah Firdaus (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) dan Fatehah Mustapa," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Jelajah Kayuhan Solidariti ASEAN 2025 di Dataran Batu Buruk, di sini, hari ini.
Beliau berkata skuad pelumba muda kini giat menjalani latihan intensif di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan pelumba handalan dunia.
Empat pelumba yang menjadi sandaran memburu pingat ialah Sawda Hasbullah, Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak, Luqman Haqim Ali Badrun dan Yu Jing Liang.
Sawda sebelum ini mencipta kejutan di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan pada Februari lepas apabila meraih dua pingat emas dan satu perak.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami