awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jalin kerjasama dengan La Liga Sepanyol

Bernama
Bernama
19/01/2018
14:39 MYT
Malaysia jalin kerjasama dengan La Liga Sepanyol
Tunku Ismail dan Oscar bersalaman selepas menandatangani Memorandum Persefahaman antara La Liga dan FMLLP hari ini. --fotoBERNAMA
Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama La Liga Sepanyol dalam usaha membantu meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga_M).
Melalui perjanjian persefahaman itu, La Liga akan membuka jalan kepada pemain liga Sepanyol itu untuk bermain di Malaysia serta mengatur perlawanan antara pasukan La Liga di Malaysia semasa pramusim.
MoU selama tiga tahun itu ditandatangani Pengerusi PMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), manakala La Liga diwakili oleh Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Oscar Mayo Pardo.
Tunku Ismail berkata kerjasama itu merangkumi setiap aspek dalam pembangunan badan bola sepak di negara kita.
"Ini merupakan pelan pembangunan bola sepak untuk jangka masa panjang dan saya yakin kerjasama ini akan membantu kejayaan bola sepak kita di masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di sini.
Perbincangan antara FMLLP dengan La liga yang berlangsung selama empat bulan sebelum ini merangkumi pertukaran maklumat, informasi di samping berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam meningkatkan tahap liga bola sepak di kedua-dua negara.
"Kedua-dua pihak akan berkongsi maklumat dan pengalaman serta penganjuran seminar mengenai liga profesional dan pengurusan kelab terutama dalam bidang pemasaran turut menjadi agenda dalam perjanjian ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#FMLLP
#kerjasama
#La Liga
#liga m
#Liga Malaysia
#Memorandum Persefahaman
#MoU
#sepanyol
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan