awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia menang 2-1 ke atas New Caledonia

Bernama
Bernama
22/06/2016
15:24 MYT
Malaysia menang 2-1 ke atas New Caledonia
Pengendali Datuk Ong Kim Swee melakukan rombakan besar pada kesebelasan utama dengan menurunkan tonggak utama Muhammad Fazly Mazlan, Muhd Fadhli Shas dan S. Kunalan. - Gambar fail
Skuad Harimau Malaysia berjaya menebus kekecewaan apabila menewaskan New Caledonia 2-1 untuk kemenangan pertama dalam aksi persahabatan antarabangsa Jelajah Oceania di Stadium Numa-Daly Magenta, Noumea, hari ini.
Selepas diaibkan 2-0 oleh Papua New Guinea, Jumaat lepas, pengendali Datuk Ong Kim Swee melakukan rombakan besar pada kesebelasan utama dengan menurunkan tonggak utama Muhammad Fazly Mazlan, Muhd Fadhli Shas dan S. Kunalan.
Bagaimanapun, New Caledonia, pasukan menduduki ranking ke-183 berbanding Malaysia 173, memberi kejutan awal apabila Jean-Philippe Saiko menyudahkan bola hantaran rakan di depan kotak penalti pada minit ke-20.
Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Malaysia kembali memperkemaskan corak permainan sebelum bangkit semula pada babak kedua dengan sentuhan penyudah Mohd Amirulha Zainal pada minit ke-48 dan gol kemenangan Baddorol Bakhtiar, hasil sepakan percuma pada minit ke-54.
Terdahulu, kedua-dua pasukan masing-masing terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung perlawanan setelah menerima kad kuning kedua.
Pemain tengah Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham diperintah keluar padang pada minit ke-82 kerana sengaja melambatkan permainan manakala enam minit kemudian pemain tuan rumah, Georges Bearune mengalami nasib sama kerana mengasari pemain lawan.
Malaysia dijadual menentang pasukan ranking ke-186 dunia, Fiji, pada aksi terakhir jelajah berkenaan di Stadium Prince Charles Park, Nadi, Ahad ini.
Topic Berkaitan
#Noumea
#Ong Kim Swee
#Skuad Harimau Malaysia berjaya menebus kekecewaan apabila menewaskan New Caledonia 2-1 untuk kemenangan pertama dalam aksi persahabatan antarabangsa Jelajah Oceania di Stadium Numa-Daly Magenta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan