awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
Fasa kedua pilihan raya Myanmar bermula Ahad dalam suasana kurang meriah
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih lapan emas Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2015

Astro Arena
Astro Arena
21/09/2015
02:15 MYT
Malaysia raih lapan emas Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2015
Malaysia menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan bagi kategori antarabangsa yang berakhir. - Foto Facebook.com/silattpm
Malaysia mengungguli Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2015 peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) apabila menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan bagi kategori antarabangsa yang berakhir.
Empat pesilat negara juga dinobatkan sebagai pesilat terbaik keseluruhan iaitu Muhammad Faizul M. Nasir, 27, dari Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi kategori Pesilat Terbaik Putra Antarabangsa manakala Pesilat Terbaik Putri Antarabangsa dimenangi Siti Shazwana Ajak, 23, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penuntut Kolej Komuniti Pahang (KK Pahang) Muhamad Zarish Hakim, 23, dan penuntut Universiti Malaya (UM) Normanjalina Madon, 24, dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Putra dan Putri bagi kategori IPT Tempatan Terbaik.
Bagi kategori IPT Antarabangsa, kontinjen Malaysia Elit mengutip lima pingat emas untuk muncul johan diikuti kontinjen Malaysia IPT (3 emas, 3 perak dan 2 gangsa) manakala kontinjen Vietnam di tempat ketiga (2 perak dan 3 gangsa).
Sementara itu, Politeknik Ungku Omar muncul juara bagi kategori IPT Tempatan dengan empat pingat emas dan dua perak untuk mengatasi KK Pahang di tempat kedua (4 emas, 1 perak dan 2 gangsa) manakala tempat ketiga milik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) (4 emas dan 4 gangsa).
Siti Shazwana, 23, yang mula aktif dalam seni mempertahankan diri itu sejak 2012, menyifatkan kemenangannya sebagai penebus kekecewaan selepas hanya mendapat tempat ketiga pada kejohanan sama tahun lepas.
"Untuk tahun ini, saya menjalani latihan intensif beberapa bulan sebelum kejohanan, khusus untuk menajam kemahiran yang dapat membantu mendapat pungutan mata," katanya semasa ditemui selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah di sini.
Muhammad Faizul yang merupakan penuntut jurusan mekanikal UTM pula memberitahu ia merupakan kali keduanya memenangi kategori Pesilat Terbaik Putra Antarabangsa selepas kali pertama menjuarainya pada tahun 2012.
Sebanyak 17 kontijen mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa termasuk Malaysia, Vietnam, Singapura, Korea, India, Yaman dan Indonesia manakala 32 universiti awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta bertanding bagi kategori IPT Tempatan.
Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM8,000 dan piala.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Presiden Pesaka, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.
Topic Berkaitan
#pencak silat
#piala tpm
#pingat emas
#silat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan