awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022

Bernama
Bernama
02/06/2018
20:43 MYT
Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
SUBAHAN: Saya boleh katakan hampir pasti kita akan menganjurkan Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki pada Jun 2019 memandangkan FIH sendiri yang menawarkan tugas itu kepada kita. - Gambar fail
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menghantar bidaan rasmi pada minggu depan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki 2022.
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata badan induk itu akan turut menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021.
Kejohanan Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 adalah kelayakan untuk Sukan Olimpik 2020 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021 untuk kelayakan Piala Dunia 2022.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 2002.
"Saya boleh katakan hampir pasti kita akan menganjurkan Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki pada Jun 2019 memandangkan FIH sendiri yang menawarkan tugas itu kepada kita dan ahli exco bersetuju," katanya pada sidang media selepas selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif badan itu di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Subahan tetap menaruh keyakinan bahawa skuad lelaki negara dapat meraih pingat emas pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini bagi memastikan mereka meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Beliau yakin perancangan strategik yang telah direncanakan oleh ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen dan Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh akan membantu badan induk itu merealisasikan sasaran berkenaan.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia yang menyaksikan mereka menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan bertanding.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bidaan
#FIH
#hoki
#Konfederasi Hoki Malaysia
#MHC
#Persekutuan Hoki Antarabangsa
#Piala Dunia
#Subahan Kamal
#sukan
#Sukan Olimpik 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan