SUKAN
Malaysia tidak ambil mudah bertemu Palestin - Cklamovski

Cklamovski (dua, kiri) bergambar bersama Ketua Jurulatih Palestin Ehab Abu Jazar (dua, kanan) pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Malaysia tidak akan mengambil mudah terhadap keupayaan Palestin apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 esok, dengan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski dan menegaskan bahawa disiplin dan konsistensi taktikal penting untuk persembahan yang mantap.
Ringkasan AI
- Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menegaskan disiplin dan konsistensi taktikal penting ketika menentang Palestin dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim.
- Malaysia mahu tunjuk penambahbaikan berbanding perlawanan menentang Singapura, dengan objektif mengekalkan prinsip permainan dan memanfaatkan peluang menjaringkan gol.
- Cklamovski sahkan akan ada beberapa pertukaran pemain untuk mengurus keletihan, menekankan semua pemain mempunyai peranan penting dalam struktur pasukan.
"Esok satu peluang untuk tunjuK penambahbaikan daripada perlawanan sebelum ini. Ketika bertemu Singapura kami mempunyai 20 percubaan berbanding 5 oleh pihak lawan. Ada banyak yang positif, tetapi kami perlu jaringkan gol.
"Esok akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi peluang terbaik untuk uji diri kami. Kami tahu kekuatan mereka, tetapi objektif kami ialah untuk kekal dengan permainan kami dan samakan keupayaan mereka," katanya kepada media hari ini.
Mengenai pemilihan skuad, Cklamovski sahkan akan ada beberapa pertukaran kerana jadual yang padat, semua pemain akan diberi kesempatan kerana Malaysia tidak boleh bergantung pada 11 pemain yang sama secara terus-menerus.
"Kami perlu uruskan skuad, terutamanya dengan jadual yang padat. Sesiapa pun yang bermula esok, dan pemain gantian yang masuk, semuanya mempunyai peranan penting.
"Beberapa hari selepas bertemu Singapura, kami perlu lakukan perjalanan dan pulih, dan kini bersiap sedia menghadapi Palestin. Tetapi kami tidak bergantung kepada seorang pemain... kami berharap pada struktur pasukan kami, dan semua orang akan berikan sumbangan.
"Kami akan bermain mengikut cara yang kami mahukan, dengan agresif dan disiplin. Bola sepak sentiasa menjadi cabaran, tetapi kami percaya kami juga boleh mengeksploitasi apa yang ada ketika menentang mereka," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami