Skip to main content

Dunia

Dua gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece

Sumber: Adobe Stock
Gegaran kuat susulan dua gempa bumi berturut-turut dilaporkan dapat dirasai dengan jelas di seluruh pulau peranginan Crete pada tengah hari Sabtu. - Gambar hiasan
Advertisement

ATHENS: Dua gempa bumi berturut-turut masing-masing dengan magnitud 4.6 dan 5.3 menggegarkan pulau peranginan Crete dalam tempoh selang beberapa minit pada tengah hari Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik media tempatan.

Pusat gempa berkenaan dikesan pada kedalaman kira-kira 14 kilometer di bawah dasar laut berhampiran pulau kecil Gavdos di selatan Crete. 

Gegaran kuat gempa bumi itu dilaporkan dapat dirasai dengan jelas di seluruh pulau berkenaan, termasuk di bandar Rethymnon dan Chania, menurut portal dalam talian Cretalive.

Pihak polis Greece telah menjalankan rondaan di kawasan terjejas namun tiada sebarang laporan mengenai kerosakan diterima setakat ini, lapor Cretalive.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement