awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2024
06:50 MYT
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS berkata, delegasi daripada CGF telah bertemu Hannah dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu pada 5 Februari 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
KBS berkata, mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.
"Delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) pada 5 Februari 2024.
"Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.
"Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat ini," kata kenyataan itu.
KBS dalam pada itu berkata, Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas tawaran itu, namun menegaskan buat masa ini mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel 2026
#keputusan Kabinet
#Malaysia tolak jadi tuan rumah
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan