awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023

Bernama
Bernama
28/03/2022
21:00 MYT
Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023
Amarjit Singh Gill berkata kejohanan itu akan membawa mata kelayakan penting untuk Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2023, yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di Nilai.
Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan lagi.
Ini akan menjadi kejohanan berbasikal trek antarabangsa pertama yang dianjurkan Malaysia sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Amarjit Singh Gill berkata kejohanan itu akan membawa mata kelayakan penting untuk Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut beliau, ini adalah berita gembira buat pelumba negara terutama pelumba basikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom kerana mereka akan mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri dan menerima sokongan daripada peminat sukan itu.
"Saya berasa gembira kerana, selepas perbahasan dan perbincangan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ACC (Konfederasi Berbasikal Asia), akhirnya Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah ATC 2023. Ini akan menjadi acara trek (basikal) antarabangsa pertama negara sejak COVID- 19 melanda.
"Kami sangat teruja dan berharap dapat melakukan yang terbaik. Kami akan membantu para atlet negara untuk mencapai matlamat mereka dan (merealisasikan) potensi mereka supaya mereka layak ke Sukan Olimpik 2024," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah ATC ialah pada 2018 di Velodrom Nasional dan skuad negara yang diketuai Mohd Azizulhasni gagal menyerlah.
Mohd Azizulhasni hanya berjaya meraih pingat perak dalam acara pecut lelaki dan gangsa dalam acara keirin lelaki. Bagaimanapun, 'The Pocket Rocketman' berjaya mencatat rekod pecutan 100 meter di bawah 10 saat, buat pertama kali dalam karierya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan berbasikal trek asia
#marjit Singh Gill
#Velodrom Nasiona
#nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan