awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia turun satu tangga ke ranking 158 FIFA

Bernama
Bernama
04/05/2017
12:49 MYT
Malaysia turun satu tangga ke ranking 158 FIFA
Menurut laman web rasmi FIFA www.fifa.com, penurunan ranking skuad Harimau Malaya itu adalah disebabkan peningkatan tiga anak tangga oleh pasukan Mauritius.
Malaysia turun satu anak tangga kepada kedudukan 158 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut laman web rasmi FIFA www.fifa.com, penurunan ranking skuad Harimau Malaya itu adalah disebabkan peningkatan tiga anak tangga oleh pasukan Mauritius yang kini menghuni tempat ke-157.
Kedudukan itu menjadikan Malaysia kekal dalam kelompok bersama Sudan (155), Papua New Guinea (156), Moldova (159), Singapura (160) dan Taiwan (161).
Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Korea Selatan (43), Jepun (44) dan Australia (50).
Sementara itu, tiada perubahan pada kelompok 20 pasukan teratas bulan ini dengan Brazil terus mendahului di depan negara jiran, Argentina, Jerman dan Chile.
Madagascar menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling besar bulan ini apabila naik sembilan tangga ke posisi 111 manakala Malawi merosot teruk iaitu turun 14 tangga kepada 114.
Ranking bulanan ini membabitkan 206 negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FIFA
#harimau Malaya
#pasukan bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan