awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
04:10 MYT
Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia
Malaysian Tigers tewas 3-4 kepada India dalam perlawanan akhir di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai pada Sabtu.
HASRAT skuad hoki lelaki negara untuk mencipta sejarah saingan Trofi Juara-Juara Asia tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada India dalam perlawanan akhir di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai pada Sabtu.
Tampil dengan reputasi pasukan pilihan, India terlebih dulu di depan hasil pukulan sudut penalti Jugraj Singh pada minit kesembilan.
Namun Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj kembali semula dalam perlawanan apabila Azrai Aizad Abu Kamal berjaya menyamakan kedudukan hasil gol padang pada minit ke-14.
Gol itu ternyata menyuntik semangat para pemain negara apabila Razie Abd Rahim melebarkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-18.
Aminuddin Mohd Zain kemudiannya menjadikan kedudukan 3-1 menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28 sekali gus memimpin separuh masa pertama.
Separuh masa kedua anak buah Craig Fulton meningkatkan tekanan dengan menggandakan asakan ke kubu Malaysian Tigers.
Hasilnya, Harmanpreet Singh berjaya menghidupkan talian hayat pasukannya apabila menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-45.
India terus mengasak bertali arus menyaksikan kubu Malaysian Tigers bolos lagi menerusi gol padang hasil sentuhan Gurjant Singh.
Akashdeep Singh muncul wira India apabila meledak gol padang pada minit ke-56. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#malaysian tigers
#hoki
#Trofi Juara-Juara Asia
#keputusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan